Ketika ini timbul khabar angin mengatakan bahawa hubungan Emma Maembong dan juga Kamal Adli semakin rapat selepas kedua-dua pelakon ini dikatakan memilih jalan solo masing-masing.
Malah ada juga yang menjangkakan bahawa mereka kini sedang hangat
bercinta namun mahu merahsiakan dulu perkara tersebut ketika ini. Ini adalah keterangan dari teman rapat Emma Maembong
“Betul, memang mereka rapat sejak akhir-akhir ini. Tapi Kamal
bukanlah punca perpisahan Emma dan Zizan sebaliknya semua ini berlaku
selepas putus cinta”
“Khabarnya lagi, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan
keluarganya untuk berkenalan. Macam orang bawa kawan-kawan balik rumah
berkenalan dengan keluarga, macam itulah mereka. Dengar cerita memang
keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai
melayan dan mengambil hati mereka. Itu sahaja cerita yang boleh
diberitahu,” kata sumber itu lagi.
Jika perkara ini benar, kami yakin peminat Emma dan juga Kamal pasti
akan mendoakan kebahagiaan selebriti kesayangan mereka ini. Mari kita
lihat dan tunggu ‘episod’ terbaru mengenai ke mana hala tuju hubungan
Emma dan juga Kamal selepas ini
0 comments:
Post a Comment