Pelakon Elfira Loy
mengakui bahawa dia mahu memberi lebih fokus kepada bidang pengacaraan
selepas mengambil keputusan untuk bertudung pada sambutan hari lahirnya
yang ke 21 baru-baru ini.
Elfira berkata, dia mengambil keputusan itu kerana menyedari watak
untuk wanita bertudung sepertinya terhad selain bimbang akan menyusahkan
pihak produksi.
“Minat saya terhadap pengacaraan memang sejak dari dahulu lagi dan
kini saya ingin memberi fokus kepada bidang itu buat masa ini. Bukannya
apa saya menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan imej sekarang selain
tidak mahu menyusahkan pihak produksi,” jelasnya.
Bagaimanapun menurut Elfira, itu bukanlah bermaksud
bahawa dia ingin meninggalkan terus dunia lakonan, namun ingin berehat
seketika dan dalam masa yang sama dapat memberikan ruang kepada pelakon
ini untuk memberikan tumpuan kepada pengajian di kolej.
“Lakonan adalah sesuatu yang sudah sebati dengan jiwa saya dan belum
bercadang untuk tinggalkan terus cuma memperlahankan sahaja”
Insya-Allah lepas tamat pengajian saya akan aktif semula,” ujarnya
lagi menyatakan rasa bersyukur kerana diberi kekuatan untuk melakukan
perubahan tersebut pada usia yang muda dan berharap ia akan memberi
lebih banyak berkat kepadanya.
0 comments:
Post a Comment