Pernah di gosipkan sudah putus cinta, nampaknya Sharnaaz Ahmad dan Anis
Al-Idrus masih lagi kekal bersama. Boleh dikatakan pasangan sama cantik
sama padan, kedua-dua mereka kini lebih intim selepas bertemu dengan
keluarga masing-masing.
Sharnaaz telah diperkenalkan kepada ibu dan bapa Anis pada awal lagi
kerana bapanya Syed Zainal ingin mengetahui dengan siapakah anaknya itu
berkawan kerana berada jauh di Indonesia.
Anis pula telah berjumpa dengan ahli keluarga Sharnaaz apabila beliau
merencana untuk melakukan sambutan hari jadi Sharnaaz pada tahun lalu.
Keluarga saya berada di Indonesia kerana ayah saya bekerja di sana dan mereka ingin tahu dengan siapa daya berkawan agar mereka tidak bimbang saya berseorangan di sini (Malaysia).
Saya juga sudah bertemu keluarga dia tahun lalu ketika itu saya menghubungi keluarga dia untuk membuat kejutan pada sambutan hari jadi dia.
Buat Anis, sokongan Sharnaaz yang tidak putus dalam apa sahaja yang
dilakukan oleh beliau membuatkan si jelita ini terpikat dengannya.
Sudah agak lama mereka bersama, ramai yang sudah bertanya bilakah
pasangan ini akan mendirikan rumah tangga. Enggan berbicara lanjut soal
perkahwinan, Anis bagaimanapun mengakui aktor kelahiran Pulau Pinang itu
adalah lelaki paling rapat dengan beliau sekarang.
0 comments:
Post a Comment