Bila sebut sahaja nama Ramona Zam Zam, perkara yang akan di ingati ramai
adalah wajahnya yang jelita selain kontroversi beliau sehingga
dilabelkan sebagai perampas. Pernah dikatakan sebagai punca Dazrin
Kamarudin dan Amyra Rosli tidak jadi berkahwin, segalanya kini sudah
terjawab apabila Ramona bakal bernikah dengan jejaka daripada Palestin,
Rami Alashkar.
Memilih tarikh 15 Mei depan untuk bernikah, Ramona bagaimanapun
menjelaskan beliau tidak akan melangsungkan sebarang majlis bertunang.
Alhamdulillah, saya kini dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan lebih kurang sebulan sahaja lagi. Saya memilih untuk terus bernikah dan tidak akan ada majlis bertunang.
Buat masa ini, kami rancang adakan majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Bagaimanapun ada pihak berhajat untuk menaja majlis akad nikah kami. Jadi kemungkinan besar lokasi dan masa akan berubah jika kata sepakat dicapai dengan penaja. Apa yang penting, tarikhnya tetap sama.
Ramona dan Rami sudah mengenali ketika mereka sama-sama menuntut di
Kolej Segi. Sikap memahami Rami membuatkan Ramona merasa selesa serta
tidak menghalang beliau untuk meneruskan karier dalam bidang lakonan
selepas bergelar isteri nanti.
Saya bukan jenis yang pilih lelaki luar, tetapi pengalaman saya bercinta dengan lelaki tempatan membuatkan saya sedikit serik. Berbeza dengan Rami kerana dia tidak mengongkong saya, jauh sekali bersikap cemburu buta. Pendek kata, semuanya senang dan aman.
Dia juga amat memahami saya dan tidak menghalang saya meneruskan karier seni selepas berkahwin. Itu yang penting kerana saya bukan jenis yang boleh duduk diam dan suka bekerja, tapi bukan bermakna sehingga mengabaikan tanggungjawab saya.
Majlis resepsi Ramona dan Rami akan diadakan pada bulan Jun di
kampung halamannya di Ipoh, Perak dan sebuah lagi majlis resepsi akan
diadakan di Kuala Lumpur pada September.
0 comments:
Post a Comment