Nama pelakon Ungku Ismail Aziz semakin mendapat tempat di hati ramai dan
popular selepas berjaya mempersembahkan lakonan hebat menerusi drama
Teman Lelaki Upahan gandingan bersama Elizad Sharifuddin. Sudah 10
tahun berkecimpung dalam bidang seni, Ungku Ismail mengakui tidak pernah
menjadi perhatian sehingga begini besar oleh masyarakat sehingga
membuatkan jejaka tersebut merasa sedikit janggal.
Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu terbawa-bawa dengan perhatian yang diberikan kerana menyedari ia hanya bersifat sementara.
Saya berlakon sudah lama tetapi menerusi Teman Lelaki Upahan adalah kali pertama saya mendapat perhatian yang begitu besar sehingga membuatkan saya tidak selesa kerana tidak biasa dengan situasi itu. Bagaimanapun saya tanam dalam minda bahawa perhatian itu hanya bersifat sementara dan mungkin akan reda selepas ini.
Buat Ungku Ismail, populariti yang dikecapinya kini akan digunakan
sebaiknya untuk mengukuhkan lagi nama beliau di dalam industri seni
tempatan.
Berbicara mengenai keserasian beliau bersama Elizad yang cukup
mantap, Ungku Ismail pada mulanya merasa sedikit kekok untuk melakonkan
adegan romantis bersama aktres tersebut kerana sedar beliau adalah
kekasih orang.
Saya tahu Elizad sudah mempunyai teman lelaki dan bakal berkahwin, ia menyebabkan saya jadi sedikit canggung untuk melakonkan babak-babak romantis dengannya.
Bagaimanapun saya bersyukur adegan romantik di antara kami tidak terlalu berat dan Elizad sendiri sangat profesional ketika penggambaran.
0 comments:
Post a Comment