Kira-kira lima bulan lalu, termeterai ikatan pelakon Datin Eina Azman
dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, di Hotel Grand
Hyatt.
Majlis pernikahan itu diadakan cukup ringkas dan tetamu yang diundang pada skala kecil.
Lalu, bagi meraikan kenalan, sanak saudara, teman rapat dan rakan
media, Eina dan suaminya sekali lagi akan diraikan dalam satu majlis
persandingan bertemakan tradisional di sebuah hotel terkemuka di ibu
kota 31 Januari ini.
"Suami saya pun jenis kuat makan dan jenis tak suka makan luar. Jadi
hampir kebanyakan waktu kami makan di rumah dan saya akan memasak
makanan kegemarannya seperti Masak Lemak Ketam Cili Padi. Apabila
selalu memasak, saya pun terjebak makan sekali.
"Mana berat badan saya tak naik hingga lima kilogram. Saya pun banyak
menghabiskan masa di rumah dan bersamanya. Suami cakap saya hanya boleh
berlakon selepas majlis persandingan hujung bulan ini berakhir,"
katanya sambil memberitahu suami hanya akan menggunakan khidmat pembantu
rumah selepas beliau melahirkan anak.
Eina turut memberitahu gara-gara berat badannya bertambah, ada pula
yang menganggap beliau sudah berbadan dua. Hakikatnya semua itu kerana
selera makan bertambah apabila tiada aktiviti seni.
"Saya belum ada rezeki untuk mengandung. Sentap juga bila orang
sangka saya sudah bersalin sedangkan berat badan naik. Tapi tak mengapa
ia umpama doa dan saya serta suami mengharapkan rumah tangga kami akan
dikurniakan cahaya mata secepat mungkin," katanya.
Eina memberitahu beliau dan suami juga sudah berbulan madu ke
Kepulauan Maldives September tahun lalu selama dua minggu dan diikuti ke
Gold Coast, Australia pada November lalu.
0 comments:
Post a Comment