Terkejut Temui Tikus Dalam Ayam KFC | California: Seorang lelaki bernama
Devorise Dixon dikejutkan dengan penemuan seketul tikus yang siap
digoreng seperti ayam KFC (Kentucky Fried Checken). Dia yang melaporkan
kejadian itu kepada pihak pengurusan KFC pada masa itu diberitahu bahawa
benda yang menyerupai seketul ayam KFC isu adalah tikus.
Rata-rata pengguna sosial merasa jijik dan tertanya-tanya bagaimaan haiwan sejijik itu boleh digoreng persis seperti ayam KFC.
"Kembali ke KFC kelmarin dan berbincang dengan pihak pengurusan, mereka
kata itu tikus dan memohon maaf, masa untuk panggil peguam!" Ujarnya di
laman facebook.
Dia yang berkongsi gambar tikus KFC itu kini menjadi popular dalam
sekelip mata dan gambar yang dikongsikannya pula telah viral di laman
sosial.
Devorise Dixon juga menyarankan kepada pengguna agar berhati-hati dengan makanan segera dan kalau boleh elakkan makanan segera.
Berikut merupakan gambar Devorise Dixon yang tersebar meluas di laman sosial:
0 comments:
Post a Comment