7 Wanita Dari Terengganu Seronok Minum Arak Sambut Hari Lahir | Kuala
Lumpur: Rakaman video menunjukkan tujuh wanita yang dipercayai berasal
dari Terengganu meraikan sambutan hari lahir seorang daripada mereka
sambil meminum arak tersebar luas di laman sosial hingga mendapat
pelbagai komen negatif daripada orang ramai.
Dalam rakaman berdurasi 2:43 saat itu memaparkan kumpulan wanita
berkenaan dilihat begitu seronok meminum minuman keras sambil bercakap
dalam loghat Terengganu.
Kumpulan wanita yang dianggarkan berusia 20-an itu dikatakan dirakam di
sebuah rumah sewa yang dipercayai berlaku pada tahun 2005.
Dalam video itu, semua wanita berkenaan meneguk arak tanpa sebarang rasa
malu dan segan sambil perbuatan mereka itu dirakam seorang daripada
mereka.
Video itu juga sempat merakamkan jenama arak yang diteguk gadis berkenaan lapor Harian Metro.
0 comments:
Post a Comment