MUNGKIN ada yang menganggap kadar bayaran tempat letak kereta yang
dikenakan ini tidak masuk akal, akan tetapi itulah realiti di ibu kota.
Memetik laporan Mynewshub, antara yang menjadi ‘mangsa’ adalah seorang
pengguna Facebook, Khairol Anuar yang nyata terkejut apabila dikenakan
kadar bayaran sebanyak RM392 bagi empat hari meletakkan kereta di Stesen
Sentral Kuala Lumpur – KL Sentral.
Khairol yang berkongsi resit bayaran sebagai “iktibar” buat pemandu lain
agar pisang tidak berbuah dua kali menarik perhatian netizen yang turut
terkejut dengan kadar yang dikenakan.
“Tidak masuk akal. Sila buat laporan kepada persatuan pengguna,” kata seorang pengguna Facebook, Hasmil Faizal
Difahamkan, Stesen Sentral sememangnya hanya mengenakan kadar mengikut
jam dan tiada kadar harian menyebabkan kadar bayaran yang dikenakan
kepada Khairol di KL Sentral kedengaran agak melampau.
Kesimpulan, kita sebagai pengguna haruslah peka meskipun terhadap
perkara-perkara kecil seperti kadar tempat letak kereta yang dikenakan.
0 comments:
Post a Comment