LELAKI MABUK CUBA KUNYAH MUKA WANITA |
WENZHOU – Serangan kanibal terbaru yang mengerikan nampaknya menular ke
China, apabila seorang pemandu bas mabuk cuba menggigit muka seorang
wanita.
Wanita
malang itu memerlukan pembedahan plastik bagi memulihkan kecederaan
akibat perbuatan lelaki berkenaan. Menurut media tempatan, pemandu yang
dikenali sebagai Dong itu meminum arak terlalu banyak ketika makan
tengah hari sebelum kejadian beberapa hari lalu.
Dia
kemudian berlari ke tengah jalan raya di bandar raya ini dan berdiri di
depan kereta dipandu wanita bernama Du serta menghalangnya daripada
bergerak. Dong memanjat ke atas bumbung kereta dan mula menumbuk
kenderaan itu, manakala Du yang panik menjerit meminta tolong.
Apabila Du keluar dari keretanya, Dong melompat ke arahnya dan menolak wanita itu hingga mangsa terjatuh di atas jalan raya.
Dong kemudian menggigit muka Du menyebabkan dia yang menjerit ketakutan dan kesakitan, berlumuran darah.
Orang
ramai kemudian cuba menarik Du daripada mangsa. Saksi berkata, Dong
sudah hilang ingatan kerana enggan melepaskan Du. Polis yang tiba tidak
lama kemudian berjaya menahan Dong bagi mengakhiri kejadian itu.
Du
dibawa ke hospital dan doktor berkata, dia memerlukan pembedahan
plastik bagi merawat hidung dan bibirnya yang cedera teruk akibat
digigit lelaki berkenaan.
Kejadian
itu berlaku tidak lama selepas satu siri insiden serangan kanibal
dilakukan seorang penagih dadah di Amerika Syarikat bulan lalu.
0 comments:
Post a Comment