Pada umumnya, kucing mempunyai berat badan yang ringan dan jika
digendong tidak akan terlalu memberatkan seperti orang dewasa. Namun
jenis kucing pelik ini cukup istimewa, kerana kepalanya saja berukuran
sebesar kepala manusia.
Baru-baru ini banyak beredar foto kucing
jenis Savannah dan Maine Coons yang boleh membuat anda terkagum. Kucing
jenis Savannah dan Maine Coons ini memang dikenali memiliki sangat
berat dan saiz badan yang panjang. Dalam salah satu foto yang beredar,
seekor kucing yang kelihatan seperti raksasa itu konon merupakan hasil
daripada kacukan jenis Siamese dengan kucing liar di Afrika.
Bulu yang lebat semakin menambah saiz si kucing. Walaupun mempunyai
saiz besar dan panjang (bebanannya boleh mencapai 10 kilogram), tapi
kucing jenis ini masih cukup lincah untuk berlari.
Maine Coon
adalah salah satu bangsa kucing tertua dan semulajadi yang berasal dari
Maine, Amerika Syarikat. Maine Coon dipercayai banyak orang bahawa
bangsa ini merupakan hasil persilangan semulajdi dari kucing setengah
liar dengan rakun.
Sementara
Savannah adalah salah satu bangsa kucing campuran atau hibrid yang
merupakan hasil kacukan dari kucing liar Serval dari Afrika dengan
bangsa Siamese, Bengal, dan Egyptian Mau. Savannah telah dinobatkan oleh
Guinness World Records sebagai bangsa kucing terpanjang di dunia. Walau
berpenampilan seperti liar dan buas, tapi jenis Savannah ini adalah
kucing yang baik dan ramah.
0 comments:
Post a Comment