![]() |
Seorang bayi perempuan berkepala dua telah dilahirkan melalui pembedahan di sebuah hospital di Bangladesh pada Khamis. -AFP |
Seorang
bayi perempuan berkepala dua telah dilahirkan melalui pembedahan di
sebuah hospital di Bangladesh pada Khamis, lapor pegawai perubatan
tempatan.
Menurut
bapa bayi tersebut, anaknya dilahirkan lewat malam Rabu dan kini
dirawat kerana mengalami masalah pernafasan selepas keluar dari unit
rawatan rapi di sebuah hospital terbesar di Dhaka.
"Saya
terkejut melihat bayi saya. Mempunyai dua kepala yang sempurna. Makan
dengan dua mulut dan bernafas dengan dua hidung," kata Jamal Mia, bapa
kepada bayi tersebut.
"Namun, saya bersyukur kepada Allah kerana anak dan isteri berada dalam keadaan baik,” kata Mia kepada AFP.
Abu
Kawsar, pemilik Hospital Standard Total Healthcare di mana bayi itu
dilahirkan berkata ujian awal tidak menunjukkan bayi tersebut mempunyai
dua kepala, hanya satu set organ-organ penting.
"Bayi itu dilahirkan dengan organ sempurna, kecuali dengan kepala dua,” kata Kawsar kepada AFP.
Beribu-ribu
orang membanjiri hospital di Brahmanbaria, kira-kira 120 dari timur
Dhaka, untuk melihat bayi tersebut. Sebelum ini, seorang bayi berkepala
dua turut dilaporkan dilahirkan di Bangladesh pada tahun 2008, namun
telah meninggal dunia.
0 comments:
Post a Comment