
HALIFAX – Fenomena aneh dilaporkan muncul di wilayah
Nova Scotia, Kanada apabila seorang lelaki tempatan, Brian Nuttal secara
tidak sengaja baru-baru ini berjaya merakamkan video menunjukkan
permukaan tanah yang bernafas.
Rakaman dibuat pada 31 Oktober lalu kemudian dimuat naik menerusi akaun
Manual Petitat di laman YouTube itu sekali gus menggemparkan jutaan
penduduk negara berkenaan selain mencetuskan minat masyarakat seluruh
dunia.
Media Kanada melaporkan Nuttal dalam posting menerusi akaun
Facebook dirinya mendakwa, insiden ganjil itu dirakamkan di kawasan
hutan yang dikenali sebagai Apple River di wilayah Nova Scotia tersebut
pada akhir bulan lepas.
Terletak di Teluk Fundy, Apple River sebenarnya merupakan sebuah tempat
terpencil dan dipercayai mula diteroka pada 1783 serta dihubungkan pada
jarak 239 kilometer dengan bandar raya terbesar ibu wilayahnya, Halifax.
Berdasarkan rakaman video berdurasi 1 minit 32 saat tersebut, Nuttal
berkata, tanah di situ asalnya cukup tenang tiba-tiba berubah dan tampak
permukaannya seperti kembang kempis seumpama aksi paru-paru manusia
apabila bernafas.
“Ia sangat pelik apabila saya berjalan di sana, saya menyedari
tanah bergoncang dan mulanya menyangka ada tiupan angin kencang semacam
ribut Patricia yang pernah membadai kawasan tersebut sebelum itu,” jelas beliau lagi.
Ramai netizen menganggap fenomena unik itu terjadi secara semula jadi
akibat pergerakan kuat air sungai bawah tanah yang meluap-luap sebab
kebetulan lokasi insiden tersebut berlaku memang tidak terlalu jauh dari
sebuah tasik.
Namun, Nuttal menolak andaian tersebut kerana kawasan itu agak kering
dan beliau sendiri yang berpengalaman memburu haiwan liar di dalam hutan
belum pernah langsung merasai kejadian sedemikian. – Agensi
0 comments:
Post a Comment