Misteri pendarahan hidung yang dialami seorang pemuda Arab Saudi sejak
tiga tahun lalu berakhir dengan penemuan mengejutkan dirinya, pasukan
perubatan dan ahli sains perubatan.
Mana tidaknya, apabila pemeriksaan dilakukan terhadap hidung lelaki
berusia 22 tahun itu, doktor menemui sebatang gigi yang tumbuh dengan
sempurna.
Menurut laporan Live Science, pemuda terbabit mengalami pendarahan
hidung sejak tiga tahun lalu, namun tidak melakukan pemeriksaan kerana
menganggap ia perkara biasa.
Bagaimanapun apabila bosan dengan pendarahan tanpa kesakitan itu, dia
telah membuat pemeriksaan di Kompleks Perubatan Tentera Raja Fadh di
Dhahran.
Doktor yang memeriksanya terkejut dengan penemuan itu dan menjadikannya sebagai satu penemuan baharu dalam sains perubatan.
Bagaimanapun hasil usaha kumpulan doktor pakar, gigi berkenaan berjaya
dicabut bagi memberikan keselesaan kepada pemuda terbabit.
0 comments:
Post a Comment