Sanggupkah anda bernafas hanya dengan menggunakan mulut sepanjang hayat?
Bagaimana sekiranya anda terkena selsema dan anda pula tiada lubang
hidung? Sudah tentu amat menyeksakan. Tidak ada manusia yang sanggup
dalam keadaan begitu kecuali sememangnya kita lahir tanpa lubang hidung.
Tetapi inilah yang terpaksa dihadapi oleh wanita suku India dari kaum Apatani.
Terletak di dataran tinggi India, Apatani atau Tani, yang merupakan kelompok suku memiliki seramai 60 ribu orang.
Soalnya, bagaimana mereka melakukannya?
Penyumbat berwarna hitam yang diperbuat daripada buluh lazimnya akan
dipotong mengikut ukuran lubang hidung. Kemudian, penyumbat tadi
disumbat kedalam rongga hidung sehingga tertutup kemas. Penyumbat hidung
ini biasanya akan di ganti setahun sekali hingga saiz lubang hidung
membesar dan berukuran diameter lima sentimeter atau bersamaan panjang
ibu jari.
Kemudian wajah mereka akan di tatu dari dahi hingga ke dagu supaya
kelihatan hodoh dan menakutkan. Mengapa kaum wanitanya di perlakukan
sebegitu rupa? Ia berkaitan sejarah kaum ini suatu ketika dahulu, yang
selalu berperang dan anak-anak gadis suku Apatani selalu diculik dan
dirogol kerana kecantikkannya.
Maka dengan menyumbat lubang hidung dan meletak tatu di dahi dan dagu,
anak-anak gadis mereka akan kelihatan menakutkan dan tidak lagi di culik
dan dirogol oleh suku kaum Nishi yang bermusuhan dengan suku kaum
Aptani.
0 comments:
Post a Comment