![]() |
gambar hiasan |
KULIM - Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan 'gangguan' suara mengilai 'perempuan' meminta tolong.
Kakitangan
awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian
berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas
selesai bekerja.
![]() |
Tempat dan peralatan memuja. |
Menurutnya,
suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia
berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi
cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan.
Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya.
Cangkung atas bumbung
Aziz
berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut
apabila terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan
rumah.
“Ketika
itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya
menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci
pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal.
![]() |
Fatimah (kiri) pernah mengalami peristiwa sama. |
"Alangkah
terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata
merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan
kepalanya.
"Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus
meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas
atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang,” katanya kepada Sinar
Harian.
Pengalaman menakutkan
Seorang
suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di
kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan
puntianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap
rumah penduduk kampung.
![]() |
Aziz dan Zamri menunjukkan kawasan pemujaan. |
Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu.
Katanya,
sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta
tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di
bahagian belakang rumah mereka.
“Saya memang ada terdengar suara
perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah
mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu
belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung.
"Selalunya
lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas
bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di
sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu,” katanya.
Berlaku lewat malam
Seorang
lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku
di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga
dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan
berseorangan di tepi jalan.
Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu.
![]() |
Jelmaan perempuan pernah dilihat di sekitar kawasan rumpun buluh. |
Katanya,
suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan
ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba.
Selain
menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk
melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi.
“Apabila
zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu
hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang
mereka dahulu.
"Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu
tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung,”
katanya.sumber:sinarharian
0 comments:
Post a Comment