Penduduk
di Nigeria di gemparkan dengan perubahan wujudnya seekor burung
menjadi seorang perempuan. Peristiwa itu berlaku di bandar Oshodi.
Burung itu menghentam kabel telefon dan jatuh ke tanah. Tidak lama
kemudian, burung itu berubah bentuk menjadi seorang perempuan tua.
"Itu sangat tidak masuk akal tetapi benar-benar berlaku," kata Sobowale, salah seorang saksi .
"Ketika kami bercakap dengan perempuan itu, dia mengaku mempunyai
kekuatan ajaib dan telah membunuh sejumlah orang. Dia mengatakan akan
kembali ke rumah suaminya di Mushin sebelum berlaku insiden itu. Ketika
itulah orang-orang mulai berebut untuk mengambil gambar, "kata Sobowale.
Orang ramai mula mengambil gambar dan juga merakam kejadian yang aneh
tersebut. Video yang memperlihatkan perubahan seekor burung menjadi
perempuan setengah baya itu sudah disaksikan beratus-ratus ribu kali di
laman YouTube.
Dalam video itu kelihatan perempuan itu dalam
keadaan stress dan nyaris berbogel serta keadaan kulitnya terbakar.
Perempuan itu meninggal tidak lama setelah berubah bentuk. Mayatnya
dibawa ke hospital Mainland General Hospitals. Namun, meninggalnya
perempuan itu bukan kerana diamuk oleh orang ramai yang mengelilinginya.
"Saya tidak pernah melihat kejadian ini dalam kehidupan sebenar," kata
Banke Idowu yang membuat video perempuan 'burung' tersebut.
Kata
dia, orang ramai yakin perempuan tersebut adalah ahli sihir sehingga
boleh berubah bentuk menjadi seekor burung. Biasanya, penduduk akan
terus menghukum sesorang yang terbukti sebagai ahli sihir. Namun, dalam
kes ini, penduduk hanya melihat dari dekat perempuan yang berubah dari
seekor burung itu hingga dia meninggal dunia.
0 comments:
Post a Comment