
MELAKA 13 Nov. – Seorang
penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun maut apabila kereta
yang dinaikinya dihempap seorang lelaki yang dipercayai terjun dari
tingkat 13 sebuah hotel di Jalan Parameswara di Banda Hilir di sini,
hari ini.
Dalam kejadian kira-kira
pukul 11 pagi itu, mangsa, Arfan Syazani Salahudin, 19, yang menaiki
Perodua Viva baru tiba di tempat letak kereta hotel tersebut sebelum
satu objek tiba-tiba terjatuh di atas keretanya di bahagian pemandu.
Akibatnya, bahagian bumbung kereta berkenaan kemik dan terkena mangsa
yang juga merupakan pekerja sambilan di hotel tersebut.
Arfan Syazani yang
cedera parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia di tempat
kejadian.
Sementara lelaki berusia 43 tahun dari Bukit Katil di sini
yang terjatuh di atas kereta mangsa dihantar ke Hospital Melaka untuk
rawatan dan disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 3 petang.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, lelaki berusia 43 tahun itu mendaftar masuk seorang diri di hotel berkenaan kira-kira pukul 9.40 pagi hari ini.
“Kes disiasat mengikut
Seksyen 309 Kanun Keseksaan iaitu membunuh diri bagi lelaki yang
terjatuh dari bangunan manakala kes kematian remaja tersebut
diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Sementara itu, ibu
Arfan Syazani, Aslina Ansari, 43,
ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Melaka memberitahu, anaknya
yang sedang bercuti semester baru bekerja di hotel tersebut kira-kira
dua minggu lalu.
]
]
“Sebelum pergi kerja
hari ini dia sempat meminta bekal untuk ke tempat kerja walaupun
biasanya dia tidak berbuat demikian,” katanya.
Namun jelasnya, dia
tidak menyangka ia permintaan terakhir anak sulung daripada empat
beradik itu.
“Apapun, saya dan keluarga reda dengan insiden berkenaan,” katanya.
Jenazah mangsa dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Cina di sini hari ini.
0 comments:
Post a Comment