![]() |
Keadaan dalam rumah mangsa ketika kejadian. |
CHERAS - Seorang warga emas ditemui maut selepas pihak berkuasa memecah masuk rumahnya petang tadi.
Kejadian berlaku di Pangsapuri Sri Penara, Bandar Permaisuri Cheras kira-kira jam 3 petang, tadi.
Ketua Jabatan Siasatan
Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, mangsa seorang
warga emas berusia 63 tahun dikenali sebagai Wan Yah Wan Mat, berasal
dari Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan.
“Berdasarkan maklumat awal kejadian, berlakunya limpahan air yang keluar dari pintu utama rumah berkenaan.
“Pintu yang berkunci
memaksa anggota bomba bertindak memecahkan pintu tersebut untuk memasuki
premis itu dan ditemui tiga individu termasuk mangsa yang terbaring
dalam keadaan tidak sedarkan diri di ruang tamu,” katanya.
Menurut Zainuddin, pemeriksaan ke atas mangsa, terdapat kesan lebam pada kedua belah mata dan mulut.
“Manakala bibir, mulut
serta belakang kepala mangsa terdapat kesan bengkak. Ekoran kejadian
itu, polis menahan dua anak kepada mangsa bagi membantu siasatan.
“Kedua-dua suspek lelaki
dan wanita masih menuntut di universiti. Kes disiasat mengikut Seksyen
302 Kanun Keseksaan. Siasatan masih diteruskan,” katanya.
Sementara itu, Penolong
Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail
berkata, pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak
menerima panggilan kecemasan pada jam 2.38 petang mengatakan berlakunya
cubaan membunuh diri.
Katanya, berdasarkan
laporan awal yang diterima, pintu rumah berkunci dan cubaan anggota
berinteraksi dengan mangsa bagaimanapun tidak berjawab.
“Anggota kemudiannya bertindak memecahkan pintu dan terdapat tiga individu termasuk mangsa," katanya.
0 comments:
Post a Comment