Seorang isteri menangis-nangis nak mandikan jenazah suami dia. Bapak
mertua dan polis forensik tak bagi. Sambil menangis isteri berkata ini
janji kami suami isteri.
"Jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai
kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu"
Dari luar bilik mayat hospital, seorang ustaz masuk tanya apa hal.
Kemudian ustaz berkata tak apa kalau isteri nak memandikan jenazah
suami.
Ustaz tadi bersama beberapa orang lagi menemankan si isteri memandikan
jenazah suaminya. Dengan tenang, isteri membasuh muka suaminya sambil
berdoa,
"Inilah wajah suami yang ku
sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa
abang dan satukan kita di akhirat nanti.."
Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata, "Tangan inilah yang
mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah
beri pahala untuk mu suami ku.."
Membasuh tubuh jenazah suami sambil berkata "Tubuh inilah yang memberi
pelukan kasih sayang pada ku dan anak-anak. Moga Allah beri pahala
berganda untukmu wahai suamiku"
Membasuh kaki jenazah suami sambil berkata "Dengan kaki ini abang keluar
mencari rezeki untuk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari
semata-mata untuk mencari sesuap nasi. Terima kasih abang, moga Allah
beri kau kenikmatan hidup di akhirat dan pahala yang berlipat kali
gandanya"
Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya
dan berkata "Terima kasih abang kerana aku bahagia sepanjang menjadi
isterimu dan terlalu bahagia dan terima kasih kerana meninggalkan aku
bersama permata hatimu yang persis dirimu dan aku sebagai seorang isteri
redha akan pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."
Ya Allah.. menitis airmata baca kisah ini. Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya.
0 comments:
Post a Comment