SEORANG wanita yang baru berkahwin nyaris maut lemas dalam sebuah perigi
yang terletak di hadapan rumahnya di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah,
semalam.
Mangsa yang berusia 27 tahun ditemui penduduk kampung dalam keadaan
lemah dalam perigi disyaki berada dalam tempoh yang lama sebelum dibantu
keluar.
Difahamkan, sebelum kejadian wanita berkenaan dilihat tidur berdekatan perigi kerana dipercayai mengalami tekanan perasaan.
Pelbagai usaha jiran tetangga lakukan termasuk meletakkan tangga, namun
wanita berkenaan tetap gagal untuk naik menyebabkan bantuan bomba
diperlukan.
Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Yacob Ishak berkata, sepasukan
anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Tikam Batu bergegas di lokasi
kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10 pagi.
“Setibanya ke lokasi kejadian pada jam 10.11 pagi, kami dapati terdapat seorang wanita terjatuh ke dalam perigi terbabit.
“Namun, mangsa masih dalam keadaan sedar dan terapung dalam air perigi
dengan berpaut pada tangga kayu yang diletakkan penduduk kampung.
“Mangsa berjaya dinaikkan jam 10.36 pagi,” katanya.
Tambahnya, wanita berkenaan hanya mengalami cedera ringgan dan telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan.
Sementara itu, seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali
memberitahu, sebelum kejadian mangsa dikatakan hilang menyebabkan suami
wanita berkenaan mencari mangsa di sekitar kampung sebelum dimaklumkan
jiran ternampak isterinya tidur di tepi perigi itu.
0 comments:
Post a Comment