Allahuakbar….!!! Bapa terkejut selepas 8 bulan hantar anak ke sekolah
tahfiz, Hati seorang ayah benar-benar terluka. Petang itu dalam
perjalanan pulang dari kerja, ketika seluruh tubuhnya terasa remuk
dibedal beban tugas seharian, pihak sekolah anak lelakinya menelefon,
meminta dia segera bertemu guru disiplin sekolah.
“Encik, anak encik terpaksa kami buang dari sekolah ini kerana masalah disiplin yang amat serius.” Ujar guru disiplin didalam bilik kaunseling yang sunyi tetapi patah bicara itu seperti bunyi letupan yang sangat membingitkan.
Kemudian dari itu dia tidak mendengar apa-apa. Dia hanya melihat
kumat-kamit bibir guru disiplin membentangkan satu persatu kesalahan
anaknya, sedang fikiran telah melayang ke ruang gempita penuh aib.
Rasa
malu, marah dan kecewa bergumpal dalam rongga dada. Muka terasa panas,
arang hitam seperti tertempel di segenap ruang wajah. Tiada rayuan
dibuat dan anak dibawa pulang.
Atas
kekecewaan yang memuncak, dia suami isteri membuat keputusan untuk
menghantar anaknya ke sebuah sekolah Tahfiz Al-Quran jauh di luar
bandar. Biar anak jauh dari hangar kota, jauh dari rumah, jauh dari
masakan ibu, biar jauh dari segala-galanya. Biar dia rasakan.
Pada
hari anak di hantar ke asrama baru itu, tanpa mahu menoleh pada wajah,
anak ditinggalkan. Dia tidak mempedulikan perasaan anaknya kerana
perasaannya sendiri sarat dengan rasa kesal dan kecewa yang berlubuk.
Pada
setiap bulan, dia akan ke sekolah anaknya yang jauh di luar bandar
untuk membayar yuran tetapi dia tidak mahu berjumpa dengan anaknya. Itu
muktamad darinya. Dia penat dan serik menaruh harapan pada anaknya.
Sehinggalah
lapan bulan berlalu ketika dia menjelaskan bayaran yuran seperti biasa
dan ingin berangkat pulang, seorang guru datang kepadanya dan meminta
agar dia bertemu anaknya.
“Encik,
silalah berjumpa dengan anak encik, kami rasa sudah lama benar dia
menyebut ingin bertemu dengan ayahnya.” Perlahan bicara ustaz dalam nada
merayu.
“Tak mengapalah, saya
rasa tidak ada keperluan untuk itu. Biarlah dia disini dan saya akan
terus membayar yuran yang sepatutnya”. Tegas jawapannya ingin
memuktamadkan bicara.
“Tapi, tidakkah pada hari ini encik ingin berjumpa dengan seorang Al-Hafiz?” bisik ustaz ke telinganya.
“Hari
ini anak encik telah hafaz seluruh Al-Quran. Dia telah habis menghafaz
dalam tempoh lapan bulan”. Sepatah-sepatah bicara ustaz, dia hanya
mendengar kehairanan.
“Tidakkah
encik mahu mengucapkan sedikit tahniah kepadanya?” Tanya ustaz mengakhir
bicara. Dia tergamam dan terdiam. Dia tidak percaya apa yang dia
dengar. Dia tidak sangka dan bertanya adakah dia berhak untuk merasai
keajaiban ini.
Saat itu anaknya melangkah masuk, berdiri ragu-ragu dengan wajah sarat menanggung rasa rindu hati seorang anak.
Tanpa
sedar, si ayah menangis dengan kuat, esakannya memenuhi ruang bilik
itu. Dia meluru memeluk anaknya setelah sekian lama tidak melakukannya.
Dia tidak percaya. Dia tidak menyangka bahawa dia sedang memeluk anaknya
seorang Al-Hafiz dengan cahaya Al-Quran melimpah di wajah.
Dia memeluk anaknya dengan begitu lama untuk menikmati rasa damai dalam hatinya sendiri.
Si
anak sejak ditinggalkan ayahnya disitu lapan bulan lalu, sudah menanam
tekad untuk berubah. Allah telah berinya hidayah. Ditambah dengan
didikan ustaz dan siraman cahaya Al-Quran, dia mendapat kekuatan untuk
meninggalkan sejarah lampaunya dan membuat pusingan U dalam hidupnya.
Kisah
benar bagi anak di atas memberitahu kita bahawa semua orang boleh
berubah. Walau apa sejarah lampau kita, itu bukan halangan untuk masa
depan kita. Orang lain ada hak untuk fikir apa sahaja tentang kita
tetapi segalanya terletak kepada kita sendiri. Kita boleh buat apa
sahaja untuk menjadi baik. Tidak ada yang mustahil sama sekali.
Kerja
kita hanya bermula dengan membuat percikan api kemudian semuanya
berjalan dengan sendiri. Apa yang penting adalah titik permulaan. Kuasai
titik itu bererti kecemerlangan berada di dalam genggaman. Sekiranya
terlepas satu titik, segera temui titik lain dan jangan bertangguh.
Justeru itu pengajaran dan peringatanlah yang membuat kan kita mencari U-Turn untuk kembali ke jalan yang lurus
0 comments:
Post a Comment