
#SAYA
sering membaca kisah-kisah yg dipaparkan dalam ruangan ini yg banyak
mengisahkan kecurangan suami sahaja. Biasanya kaum wanitalah yg sering
mengadu tentang keburukan kelakuan, tabiat dan perbuatan sumbang suami
masing-masing.....
>“Namun
saya tak salahkan mereka kerana mereka yg merasakan penderitaannya
tentulah sakit hati dan ingin meluahkan perasaan masing-masing. Mereka
tahu cerita mereka menjadi rahsia, dan apa yg tersemat di hati mereka
cuma penulis sahaja yg tahu....
>“Tetapi
kali ini saya ingin mencurahkan perasaan saya. Kalau selalunya wanita
berasa tertipu dengan suami masing-masing, perasaan saya lebih sakit
lagi apabila dikhianati isteri sendiri.” Demikian cerita Zain ketika
penulis menghubungi beliau setelah membalas e-melnya kerana ingin
bertanya lebih lanjut lagi.
Memang terkejut tetapi bukan mustahil boleh berlaku kerana dunia ini pentas dan kita semua adalah pelakonnya....
>“Apa
perasaan puan bila baca cerita saya, terkejut tak? Tentu terkejut kan!
Saya rasa bukan saya seorang sahaja suami yg berperasaan demikian. Ada
lagi mungkin tidak ramai kaum lelaki yg mempunyai pengalaman pahit
seperti yg saya lalui, tetapi mereka suka mendiamkan diri. Dulu saya pun
menyimpan perasaan yg sama, tetapi semakin lama kita simpan semakin
perit, pedih dan menjadi racun berbisa....
>“Jadi
hari ini saya luahkan kepada puan, pertimbangkanlah. Memang benar zaman
ini macam-macam perkara yg kita tak sangka boleh berlaku. Demikian
pengalaman pahit yg saya lalui.....
>“Saya
bekerja tetap tahun 70-an, oleh kerana saya daripada keluarga susah,
ramai adik-beradik, maka saya amat saygkan kerja. Saya bekerja tak tentu
masa kerana terlalu gembira dengan tugas, sesuatu yg saya idam-idamkan
selama ini......
>“Walaupun
saya mendapat tawaran ke U tetapi saya tolak, sebab keluarga miskin,
jadi saya berkorban supaya saya boleh bekerja dapat duit, bantu ayah
sekolahkan adik-adik. Saya bersyukur semua adik-beradik saya berjaya
dalam pelajaran, lulusan U dan semuanya memegang jawatan yg baik
juga.....
>“Biarpun
saya tidak lulus U tetapi kerana dedikasi dan ketekunan bekerja, saya
naik pangkat dan menjawat jawatan yg baik. Ini balasan Allah daripada
pengorbanan besar yg saya lakukan demi pelajaran adik-adik saya.....
>“Kerana
terlalu saygkan kerja, saya terlupa usia semakin meningkat dan tak
kahwin. Hidup saya cuma rumah dan tempat kerja saja. Sebelum pukul 8
saya dah mula bekerja dan balik pukul 6 petang ada kalanya lewat malam.
Dan bila kerja banyak ada kalanya sampai pagi. Hari Ahad dan Sabtu sama
saja. Ada satu ketika rutin ini berterusan hingga 114 hari, termasuk
hujung minggu dan cuti umum, hingga risau ibu di kampung.....
>“Saya
hanya lulus MCE, tetapi nasib menyebelahi saya. Jawatan kerajaan yg
dipegang adalah idaman ramai. Pendapatannya lumayan bagi seorang bujang
umur 20-an, dapat kereta baru, dan dihormati ramai, tentu glamor juga di
mata gadis-gadis....
>“Tetapi
kerana taksub dengan kerja, saya lupa dunia, hiburan dan hidup
berkeluarga. Akhirnya ketua jabatan, seorang pengarah merancang
konspirasi menjodohkan saya kerana tidak mahu melihat hidup saya habis
di pejabat.....
>“Awal
tahun 70-an usia dah dekat 30 tahun masih bujang. Di pejabat, saya
digelar the most eligible bachelor. Konspirasi mereka menjadi, mereka
memaksa saya berkahwin dengan seorang gadis yg boleh dikatakan cantik
juga.....
>“Anak
ulama daripada keluarga agak tersohor dan dikenali secara peribadi oleh
ketua jabatan saya. Hampir setahun berkenalan, akhirnya saya mendirikan
rumah tangga dengan Hamizan......
>“Belum
dua tahun berkahwin, Hamizan melahirkan anak, disusuli seorang lagi
tiga tahun kemudian dan ketiga, lima tahun kemudian. Dalam pada itu saya
dinaikkan pangkat, melayakkan saya menduduki banglo kuarters kerajaan
di KL. Saya juga dianugerahkan bintang kebesaran Persekutuan, semua
dalam tempoh kurang 13 tahun saya bertugas.....
>“Hamizan
bekerja di sebuah badan berkanun. Dia gemar bersukan apa jenis pun dan
aktif berpersatuan. Rajin menyertai kegiatan kesenian dan kebudayaan,
seperti menari dan berdrama. Kebolehannya ini membawanya ke seluruh
negara dan ASEAN dalam misi mengeratkan silaturahim antara badan-badan
yg sama antara negara tersebut....
>“Kerana
aktif berpersatuan, dia sering pulang lewat selepas pukul 8 malam dan
kadangkala sehingga pukul 10 malam. Saya tidak merasa syak-wasangka
kerana kami diketahui ramai sebagai pasangan ideal. Tetap bergurau
senda, berpegang tangan semasa berjalan dan tidak kurang menunjukkan
affection pada bila-bila masa. Kami saling sayg-menyaygi.....
>“Suatu
hari lebih kurang sedekad lalu, seorang hamba Allah menelefon saya dan
bertanya mengapa saya biarkan isteri diusung orang merata tempat. Saya
jadi bingung kerana selama ini Hamizan tidak menunjukkan sebarang tanda
dia curang selain pulang lewat. Sungguhpun saya sangsi cerita pemanggil
itu, namun hati saya mula curiga. Saya bawa bertenang, dan tidak
terburu-buru menyergah Hamizan. Saya cuba siasat sendiri.....
>“Suatu
hari saya pulang pukul 3 pagi, dengan kehendak Allah jua saya ternampak
bukti pertama sebuah diari di sebelah Hamizan, ketika itu dia tertidur.
Hampir pitam saya bila membelek diari itu. Rupa-rupanya dia keluar
masuk hotel dengan teman-teman lelakinya, termasuk orang berpangkat
tertinggi di jabatannya, juga berpangkat rendah.....
>“Bila
diajukan dengan bukti Hamizan tidak dapat mengelak daripada
mengakuinya. Dia menceritakan segala-galanya, termasuk kecurangannya.
Mahu saya cekik dia ketika itu. Tapi ingatkan anak-anak dan maruah
keluarga, saya mengucap berkali-kali. Ketika itu anak-anak sedang
membesar dan pencapaian pelajaran mereka amat menggalakkan. Mengenangkan
masa depan mereka, saya tidak bertindak. Kalau dulu saya berkorban
untuk adik-beradik, kali ini saya berkorban untuk anak-anak, maruah
mereka dan keluarga saya.....
>“Walaupun
marah, namun saya beri amaran keras bahawa sekiranya perbuatan ini
berulang lagi padahnya amat berat. Dia menangis meminta ampun.
“Malangnya
pisang berbuah banyak kali. Hamizan mengulangi kegiatannya meskipun
tidak lagi pulang lewat. Kali ini saya menemui bukti setelah menerobos
masuk ke e-melnya. Kali ini temannya seorang jurutera sebuah syarikat
telekomunikasi dan seorang jeneral yg pernah dikenali semasa remaja.
Saya tak mahu marah lagi, kerana inilah sifat buruknya yg sebenar. Mulai
hari itu antara kami sudah tidak ada apa-apa.....
>“Namun
untuk meyakinkannya saya hubungi teman-temannya itu, dan berjaya
mendapatkan pengakuan bertulis mereka, ada juga secara lisan. Saya
beritahu mereka perbuatan mereka akan ada balasannya, tiada statute of
limitation, bermakna balasannya mungkin serta-merta, lepas lima tahun
atau 20 tahun, bila-bila saja. Allah maha besar.....
>“Apa
yg menghairankan saya, Hamizan bukan anak orang sembarangan, dia anak
ulama, pandai mengaji al-Quran kalau berlagu ala qari terkenal Ismail
Hashim, baca Yasin setiap malam Jumaat dari dulu sampai sekarang,
sembahyg, puasa, termasuk yg sunat, tak pernah tinggal, bertudung,
pakaian sopan. Malah kalau berzanji merdu suaranya. Setelah difikirkan
baru saya sedar, apa yg dilakukan adalah untuk mengaburi mata saya
daripada melihat maksiat dan kecurangan yg dilakukan di luar.....
>“Walaupun
saya begitu marah tetapi memukul tidak sekali-kali. Saya bawa bertenang
kerana memikirkan anak-anak kami ketika itu sedang membesar. Tetapi
sedihnya peristiwa pahit dalam kehidupan saya, belum berakhir. Satu hari
anak kedua saya Nuraine yg melanjutkan pelajaran dalam bidang
kejuruteraan di IPTA pulang bercuti. Sampai di rumah dia terus memeluk
saya dengan tangisan. Katanya, dia bukan anak saya. Darah kami
berlainan......
>“Saya
terkejut besar. Bila saya tanya mana dia tahu, katanya ketika menderma
darah dia dapati jenis darahnya tidak ada persamaan dengan darah saya.
Saya langsung tidak terfikir kecurangan Hamizan sampai ke tahap ini.....
>“Hamizan
ketika ditanya menafikan, namun ujian darah membuktikan bahawa Nuraine
adik-beradik dengan anak-anak saya yg lain, satu emak tetapi lain ayah.
Hamizan tetap berdegil tidak mengakui kesahihan ujian tersebut, meskipun
saya dapat agak siapa sebenarnya ayah Nuraine......
>“Malah
pernah rakan-rakan sepejabat Hamizan ada mengatakan wajah Nuraine sama
seperti salah seorang pegawai tinggi di pejabatnya. Tetapi Hamizan
menafikan. Bukan sekali dua wajah Nuraine menjadi pertanyaan ramai,
banyak kali....
>“Hamizan
kini masih sebumbung dengan saya, tetapi saya tidak pernah menyentuhnya
sejak hampir 10 tahun lalu. Anak-anak tidak menghormatinya lagi. Mereka
enggan bertegur sapa, tidak bercakap sopan, kalau bercakap pun dengan
kasar, membuatkan Hamizan menangis.....
>“Anak-anak
tahu perbuatan keji emak mereka dan tahu pengorbanan saya demi menjaga
hati, maruah dan pembelajaran mereka. Anak sulung saya kini
star-performer di jabatannya. Nuraine mewakili syarikatnya bertugas di
Eropah sementara anak ketiga akan tamat pengajian tidak lama lagi.
Inilah pengorbanan saya. Biar hati lebur asal anak-anak bahagia.....
>“yg penting saya tidak mahu korbankan masa depan mereka dengan sikap saya yg tidak sabar dan mengikutkan rasa saya.
“Nuraine
hampir setiap hari menelefon saya bertanya khabar. Anak-anak lebih
saygkan saya dan lebih suka berbincang dan berbual dengan saya daripada
emak mereka. Inilah sebabnya saya masih tidak menceraikan Hamizan.....
>“Saya
tetap tidak mengampunkan Hamizan. Biar dia nazak dan meminta maaf atau
saya sedang nazak dan dia sujud menangis meminta ampun, saya tetap tidak
akan memaafkannya. Saya tahu Allah Maha Pengampun, Nabi Muhammad juga
mengampunkan umatnya. Namun, saya bukan Allah dan saya juga bukan Nabi
Muhammad. Saya seorang biasa dan tidak akan melakukan sesuatu untuk
menyamai Allah atau Nabi....
>“Ada
saya terbaca bahawa ibadah seseorang isteri tidak diterima Allah
sekiranya dia melakukan dosa besar terhadap suaminya dan tidak mendapat
pengampunan daripadanya. Jika benar, saya tidak akan mengampunkan apa
juga dosa Hamizan. Sungguh saya tidak menygka kebahagiaan, kesenangan,
kesetiaan dan kepercayaan yg saya curahkan kepada dia disia-siakan.....
>“Kalaulah
membunuh bukan satu kesalahan dan tidak membawa aib kepada keluarga,
sudah lama saya cincang-cincang Hamizan untuk menjadi jamuan
anjing-anjing liar di tepi jalan dengan daging busuknya,” demikian
cerita Zain.....
>Nampaknya
Zain telah melakukan pengorbanan besar bukan sahaja untuk
adik-beradiknya, anak-anaknya malah menjaga nama baik dan maruah
mentuanya. Namun saya tertanya-tanya apakah Zain sudah bertanya kehendak
Hamizan untuk masa depannya? Mungkin dia ingin menjadi burung yg
terbang bebas? Kepada pembaca, dapatkah anda pertimbangkan jika
mempunyai isteri yg curang seperti ini?.......
0 comments:
Post a Comment