Saturday, March 28, 2015

RAHSIA KELEBIHAN TIDUR MEMBANTALKAN LENGAN SUAMI



Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.

Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)

FAKTA

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, jangalah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit sahaja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Jadi pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami? kalau belum praktik mlm ni cuba ya.




GADIS CANTIK INI PELUK ISLAM SELEPAS CARI KESALAHAN DALAM AL-QURAN



Ya ,itulah tajuk yang akan aku kongsikan kepada anda mengenai seorang Aktres Inggeris yang cuba mencari kesalahan ayat suci Al Quran.

Namun setelah itu, dia akhirnya gagal untuk mencari kesalahan ayat suci al quran dan menyebabkan nya memeluk islam.

Myriam Francois Cerrah ,itulah namanya yang memang sudah popular ketika waktu masih kanak-kanak lagi.

Mengimbas kepada peristiwa serangan 11 September 2001 itu lah yang membuatkan dirinya memeluk islam.

Pada awalnya ,dia membuka Al-Quran dengan perasaan yang 'marah'.Kemudian dia mula membaca dengan fikiran yang lebih terbuka dan tenang.







Dengan kebesaran Allah dia mendapat hidayah di waktu itu dan tanpa membuang masa ,dia terus mengucapkan dua kalimah syahadah.

"Menjadi muslim tidak bermakna kita kehilangan semua tentang diri kita.Islam adalah yang terbaik pada diri saya dan juga kita semua.Islam adalah untuk memperbiki yang buruk kepada yang lebih baik." kata Myriam

Subhanallah Maha Suci Allah..




DATUK SITI NURHALIZA WANITA KETIGA TERKAYA DI MALAYSIA DENGAN ANGGARAN ASET RM50 JUTA



Pernah menerima lebih 200 anugerah tempatan di dalam industri hiburan dan juga dinamakan antara dua jutawan dalam bidang hiburan di Asia Tenggara, savemoney.com mencatatkan Siti Nurhaliza sebagai wanita ketiga terkaya di Malaysia dengan anggaran aset sebanyak RM50 juta.
Memulakan karier beliau seawal umur 16 tahun di dalam bidang hiburan dan juga berjaya memenangi ratusan anugerah tempatan ternyata merupakan kayu pengukur kepada kejayaan Datuk Siti sehingga kini.
Tambahan pula dengan kejayaan produk SimplySiti, pada pandangan kami jumlah yang dinyatakan tersebut bukanlah suatu jumlah yang sukar untuk dicapai oleh beliau.
Selain Datuk Siti, Datuk Nicol Ann David menduduki tangga kelima dengan aset yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta hasil kemenangan dan kejayaan dalam kejohanan sebagai pemain skuasy nombor satu dunia.


SAYA MASIH HIDUP- MR OS


Kecoh seketika suasana di media sosial malam semalam apabila tersebar berita yang mendakwa pelakon dan pelawak, Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid telah pun meninggal dunia. Perkhabaran palsu itu bagaimanapun dinafikan sendiri oleh empunya diri.

 “Saya telah dimasukan ke hospital selama lapan hari untuk lakukan pembedahan atas masalah kesihatan yang dialami (akibat pendarahan pada tonsil). Kesihatan saya kian beransur pulih selepas keluar dari hospital dan kini masih lagi berehat daripada melakukan sebarang aktiviti luar,” katanya kepada mStar Online.


Os menambah, dia harus mendapatkan rawatan susulan dari hospital berlainan kerana setiap hospital mempunyai kepakaran yang berbeza dan dalam masa yang sama berharap peminat dapat mendoakan kesihatan dan kesejahteraannya agar kembali sihat seperti sedia-kala.
“Saya harap peminat di luar sana dapat sama-sama mendoakan kesejahtera saya agar saya kembali sihat dan dapat melakukan aktiviti harian seperti biasa,” katanya yang keluar hospital Selayang Sabtu lalu dan akan meneruskan kerjayanya sebagai pemandu teksi, apabila penyakitnya benar-benar pulih nanti


SHAHROL SHIRO NAFI BERTUNANG DENGAN PENGURUS PERIBADINYA



Turut terjebak di dalam gosip dan juga berita palsu sudah bertunang mengikat tali pertunangan dengan pengurus peribadinya beberapa bulan lalu, pelakon dan pelawak ini tampil menafikan perkara tersebut malah mengkui tidak mempunyai sebarang ikatan dengan mana-mana wanita buat masa ini.
“Gosip kononnya saya sudah bertunang bukan baharu tetapi sudah bertebaran sejak tiga empat bulan yang lalu dan apa yang boleh saya katakan ia tidak benar. Tidak ada apa yang ingin saya sorokkan mengenai perkara itu atau cuba mengelak daripada menjawab mengenainya,” katanya kepada mStar Online.
Tambah Shahrol cerita palsu berkenaan mungkin timbul disebabkan ada pihak salah faham kerana pertunangan adiknya beberapa bulan lalu disangka sebagai majlisnya malah katanya, dia kini kerana terlalu sibuk dengan kerjaya seninya menyebabkan tidak terfikir ke arah itu.
“Barangkali orang salah sangka kerana mereka ingat saya yang bertunang tetapi sebenarnya adik saya dan itu mungkin menjadi punca kepada gosip berkenaan,” ujarnya sambil mengakui turut bimbang kerana belum bertemu jodoh namun meletakkan perkara itu kepada ketentuan Illahi.
“Siapa yang tidak mahu berkahwin dan mempunyai keluarga tetapi soal jodoh ini bukan boleh dipaksa-paksa.

Apa yang boleh saya katakan saya masih solo dan kini lebih banyak memberi fokus kepada kerjaya sahaja,” jelasnya.
Tidak mengapa Shahrol, kadangkala jodoh ini datang bila kita tidak mencari. Peminat pasti mendoakan yang terbaik buat anda. Tapi nanti jika sudah pasangan untuk dijadikan bakal isteri, bolehlah ajak kami sekali ke majlis pernikahan


SIKAP DERMAWAN JOHAN YANG RAMAI TIDAK TAHU


Di sebalik jenaka lucu dan juga gelak ketawa pengacara radio dan pelawak ini, ada satu sisi lain yang Johan jarang dedahkan dan apa yang penting, kehidupan keluarga ini dilihat sentiasa dilimpahi rezeki namun empunya diri sendiri pun masih merendah diri.
Jika diteliti daripada gambar-gambar di akaun Instagram miliknya baru-baru ini, terdapat beberapa keping gambar makanan yang banyak dan menurut caption, ia adalah untuk dibahagikan kepada jemaah masjid yang datang untuk menunaikan solat Jumaat.
Bagaimanapun, niat murni pasangan suami isteri ini seperti biasa pasti mendapat komen-komen negatif daripada segelintir individu yang hanya tahu mengkritik. Sekurang-kurangnya Johan sudah melakukan kebaikan daripada hanya tahu mengkritik di sosial media.
Semoga perjalanan karier Johan dan juga isterinya akan sentiasa dipermudahkan dan dalam masa yang sama mampu membantu orang lain juga


SCHA TERIMA TEGURAN PEMINAT TETAPI JANGAN BIADAP


Jika sebelum ini Awal Ashaari bersuara lantang apabila fizikal anaknya ditegur peminat, berbeza pula bagi Scha Al Yahya yang sangat tenang menghadapi perkara tersebut namun dalam masa yang sama menjelaskan ada garis antara mahu menasihati dan kecenderungan menjadi biadap.
“Sebagai artis, saya kena pandai menerima apa saja kritikan mahupun nasihat. Saya tak boleh larut atau alpa dengan semua ini. Kena cepat sedar. Cuma saya berasakan hal ini tak patut terjadi kerana ia membabitkan seorang bayi. Lara tak tahu apa”
“Bagi saya, cukuplah dia sihat dan cukup sifat. Itu sudah memadai dan saya memanjat kesyukuran,” katanya sambil menjelaskan sekalipun dia dan suaminya bergelar figura awam atau dikatakan menjadi hak masyarakat, itu tidak bererti orang ramai bebas untuk berkata apa saja mengenai kehidupan mereka.
“Kalau Awal, tahulah dia memang sangat lantang. Kalau dia geram atau marah memang dia akan lepaskan perasaan yang bertandang itu terutama perkara yang disentuh itu berkait rapat dengan orang yang dia sayangi”
“Saya tak salahkan dia dalam hal sebegitu. Dia amat melindungi insan yang disayanginya seperti saya dan anak kami. Saya tak rasa benda itu salah. Manusia biasa pastinya kita akan terasa apabila dicuit orang lain,” kata Scha menjelaskan situasinya dengan tenang


SHILA AMZAH MELAWAT IBU JOHAN AS'ARI DI HOSPITAL


Walaupun sentiasa sibuk dengan urusan harian dan juga persembahan, nampaknya Shila Amzah sempat meluangkan masa untuk melawat ibu Johan As’Ari yang kini terlantar di hospital kerana diserang strok kali keempat baru-baru ini.



Melalui Instagram milik Johan, pelakon ini menyatakan tanda terima kasih dan juga mendoakan Shila sentiasa maju di dalam karier nyanyian yang sedang diceburinya sekarang.
“Kepada kau yang tersayang, pada teman yang ku kenang @shahilaamzah. Hati suci mu terlalu kasih kepada ibunda hamba. Jazakillah! Take care and good luck for your career. Allahumma Amiin,” memetik kata-kata Johan di dalam akaun laman sosialnya itu.
Menurut pelakon Cinta Ilahi itu ketika ini, ibunya, Datin Firdaus Abdul Kader, 58, masih dirawat di Hospital Serdang. Buat Johan kami doakan agar ibu anda cepat sembuh seperti sedia kala. Ini masa terbaik untuk anda membalas kembali jasa ibu.


YATT HAMZAH AKUI INSAF, DAN KINI BAHAGIA DISAMPING SUAMI DAN ANAK

 



Pada awal Mac lalu, pelakon Yatt Hamzah memohon mahkamah untuk menangguhkan sebutan kes tuntutan cerai yang difailkan terhadap suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor pada awal Februari lalu dan di atas berkat doa semua peminat, Yatt dan suaminya kini lebih bahagia.
“Sekarang saya sangat gembira dengan suami dan anak saya. Doakan yang terbaik untuk saya, suami dan anak saya. Semuanya dah selesai. Saya selalu doakan yang terbaik untuk kami. Semua orang buat silap, mungkin masa tu saya rasa keliru. Tiada siapa terlepas dari buat silap,” ujarnya Yatt Hamzah yang ditemui selepas majlis pelancaran butik Rumoda di Bangsar, semalam.
Yatt memberitahu, misi kemanusiaan ke Syria, banyak mengajar dirinya dan juga suami mengenai masalah besar umat Islam disana, jika dibandingkan dengan masalahnya.
“Saya masa tu ada masalah, biasa la kita manusia tidak pernah terlepas dari kesilapan dan bila kita ada masalah, kita akan melenting. Tapi bila saya pergi sana, kecil sangat masalah saya jika hendak dibandingkan dengan masalah mereka disana, dimana mereka berjuang untuk agama kita.

“Saya insaf dan munasabah diri bila disana, saya bertekad Insya-Allah untuk menjadi insan yang lebih baik. Saya mahu jadi isteri terbaik untuk suami saya, ibu yang baik untuk anak saya. Insya-Allah dalam masa akan datang akan tambah lagi ahli keluarga.”
Mengenai perkembangan terbarunya, Yatt masih lagi meneruskan kerja seperti biasa dan bersyukur dengan apa yang dimilikinya sekarang ini.
“Alhamdulillah saya meneruskan kerja-kerja seperti biasa. Cuma bila balik dari Syria tanggungjawab lebih besar sebab saya dan suami sudah melihat dengan mata sendiri kepayahan dan penderitaan yang ditanggung oleh mereka disana, jauh berbeza dengan apa yang kita hadapi di sini,”katanya











ZIZAN RAZAK SINDIR EMMA MAEMBONG?

Pelawak dan pelakon Zizan Razak dilihat sengaja mengundang telahan apabila menyelitkan kapsyen berbaur sindiran di laman sosial, baru-baru ini.
Kapsyen itu didakwa berbaur provokasi seolah-olah ditujukan kepada seseorang dengan tujuan memberi jawapan kepada teka teki hubungan cinta bersama Emma. Ini kerana kapsyen tersebut seakan dialognya dengan seseorang yang tidak berkaitan dengan gambar.
Menerusi laman Instagram miliknya, Zizan menulis kapsyen tersebut,
Aku: kau tak paham ke aku tak nak kau
 Dia: Awak please saya suka awak saya nak awak menjadi suami saya yang sah
Aku: dahla aku nak balik bye
Difahamkan gambar itu diambil bersama seorang model Thailand untuk tujuan promosi produk.


Pada Januari lalu Emma memberikan kenyataan mengesahkan hubungannya dengan Zizan telah berakhir menjalinkan hubungan cinta selama dua tahun. Zizan bagaimanapun enggan memberi sebarang komen mengenai kenyataan bekas kekasihnya itu