Tuesday, June 23, 2015

(7 Gambar ) PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia !








PETANDA KIAMAT SUDAH HAMPIR!! Padang Pasir Bertukar Menjadi Taman Tema Air Terbesar Di Dunia ! Ini diantara petanda Kiamat yang sudah semakin hampir tiba dengan kita. Semoga kita semua tidak lagi lalai dan leka dengan hal duniawi sahaja.


Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai."Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai." - Sahih Muslim

Terletak di Al Ain, sebuah bandar oasis pedalaman yang merupakan sebahagian daripada Emiriah Abu Dhabi, Wadi Adventure adalah taman tema yang terbesar di dunia dengan gelombang ombak tiruan, sungai untuk berkayak, kolam kanak-kanak dan dewasa serta di lengkapi pelbagai kemudahan permaian lasak.


Gambar Paling Cute Untuk Ramadan Tahun Ini !!


budak solat terawih dengan mainan ultraman ini membuat ramai geli hati dan rata-rata setuju bahawa gambar ini adalah gambar yang paling cute untuk Ramadan tahun ini.

Gambar seorang kanak-kanak yang berterawih sambil membawa bersama patung ‘Ultraman’-nya ini dikongsikan oleh ramai pengguna laman sosial.

Gambar berkenaan yang memaparkan Ultraman berada dalam kedudukan sedang bertakbir menarik perhatian ramai pengguna Facebook yang geli hati dengan telatah comel kanak-kanak itu.



“Asalkan dia nak solat kalau ada Ultraman di sebelah dia, ok, biarkan sahaja,” tulis pengguna Facebook Ikram Akmal.

“Sambil adik ni terawih, sambil dia tgk Ultraman dia tu masih ada ke tidak di sebelahnya bimbang dicuri orang,” tulis Zul Ikhtiar.

Malah ada yang berkongsi pengaman yang sama dengan peristiwa yang pernah dialami mereka.

“Anak saya pun minat sangat dengan Ultraman, tapi dia mahu yang ada bunyi.. semalam ketika semua jemaah sedang khusyuk berterawih, tiba-tiba Ultraman dia berbunyi.. sampai tergelak-gelak makcik sebelah saya ketawa, hasilnya terawih perlu dimulakan kembali,” tulis Siti Aishah Hanifah.

Gambar berkenaan telah diberikan jolokan “gambar paling cute bulan Ramadan” oleh pengguna media sosial.


Thursday, June 18, 2015

Panas! Peminat Dedah Remy Ishak Bawa Kekasih Balik Rumah?





Mendengar khabar angin yang terbaru tentang pelakon berbakat Remy Ishak cukup meruntunkan hati penulis. Benarkah apa yang didakwa oleh peminat tersebut adalah benar. 

Mungkin ramai masih ternanti kebenaran tentang dakwaan seorang peminat tentang pelakon Remy Ishak yang pernah membawa pulang kekasih ke rumahnya. Hal ini muncul selepas individu tersebut mendedahkannya di laman sosial facebook.

Kalau sebelum ini pernah digosipkan tentang Remy sombong di malam gala kini dihimpit pula dengan gosip yang mampu menjatuhkan kariernya di dalam dunia hiburan tanah air.



Diharap dakwaan tersebut hanya rekaan peminat yang mempunyai niat lain sama ada ingin menjatuhkan nama Remy Ishak ataupun gadis tersebut telah menolak cintanya. Fuh! semoga kebenaran akan terbongkar suatu hari nanti.


Isteri Hamil 4 Bulan, Ketahui Suami Nikah Lagi Selepas Nahas!



KOTA TINGGI : Seorang isteri yang hamil 4 bulan terkejut apabila mendapati wanita yang maut dalam kemalangan yang turut meragut nyawa suami dan ibu mertuanya semalam adalah isteri kedua suaminya yang dipercayai baru bernikah beberapa hari lalu.

Mangsa kemalangan Abdullah Suhaime Abd Rahman, 30, yang bekerja sebagai pembantu juru X-Ray di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru dan Rohayu Abas, 29, serta ibu Abdullah Suhaime, Rokiah Abu Bakar, 52, maut di tempat kejadian yang berlaku di Kilometer 42.2 Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran stesen minyak di Batu 1 Jalan Mawai kira-kira jam 5 pagi.

Menurut sumber, kemalangan berlaku apabila kereta Ford Fiesta dipandu Rohayu yang merupakan jururawat di HSA, bertembung dengan sebuah lori pasir. Manakala pemandu lori cedera di mata dan dirawat di Hospital Kota Tinggi (HKT).

Menurut isteri pertama mangsa Farah Fadila Faizal, 27 yang 2 tahun mendirikan rumahtangga, dia mendapat tahu kejadian menimpa suaminya daripada rakan melalui aplikasi WhatsApps sebelum dimaklumkan anggota polis.

“Ahad lalu, suami ada beritahu saya dia hendak pergi kursus beberapa hari.

"Saya ada mengirim pesanan ringkas melalui telefon ketika dia sedang berkursus mengadu kaki saya sakit, tapi suami tak balas.

“Saya tak tahu ibu mertua dan wanita itu bersamanya sehingga terima berita tentang kemalangan ini,” katanya.

Sumber Sinar Harian


ZULIN AZIZ DIDAKWA GUNA BOMOH UNTUK DAPATKAN CINTA ARIZ FORTEEN





"Zulin Aziz bomoh kan Ariz Forteen selama ini kerana cinta dia di tolak Ariz Forteen," demikianlah tulis pengguna akaun Instagram palsu yang mendakwa Zulin Aziz menggunakan bomoh untuk mendapat cinta Ariz Forteen.

Zulin Aziz baru-baru ini ada memuat naik sekeping foto yang menunjukkan dia difitnah olehnya. Foto tersebut berkapsyen seolah-olah naik angin dengan seorang peminat fanatik Ariz Forteen yang iri hati dengannya. 

Kalau sebelum ni kita ada dengar yang pelakon dan pengacara Zulin hangat bercinta dengan penyanyi Ariz Forteen, bahkan mereka dikhabarkan sudah bertunang. 

Namun khabar angin tersebut disangkal oleh Zulin Aziz dan menjelaskan yang Ariz dan One Forteen itu hanyalah bff dia. 

"Kalau ya pun awak fanatik sangat kat dia, suka dia, rasa cemburu ke apa ke tak payahlah sampai fitnah saya. Awak rasa dengan cakap macamtu awak dapat Ariz Lufias ke? 



"Allahuakhbar. Awak sendiri mengingatkan kat situ tentang taubat dan kebesaran Allah. Awak tak takut ke?? Tolonglah hentikan. Saya tau awak stalk saya. Jadi bila baca ni pandai-pandailah ye? 

"Alfitnatul Ashaddu Minal Qhod.-Natasya ke apa nama budak ni, Tolonglah. Ni bukan kali pertama. Sejuta acc instagram pun awak buat saya tau itu awak," ujar Zulin dipetik sebagai berkata. 

Sabar jelah Zulin, orang kalau dah cemburu memang macam tu. 


Padah Skydiving: Mayat Aktres Korea Ditemui Hancur



TEKA-teki kehilangan pelakon dan model cantik Korea, Jung In Ah beberapa hari lalu akhirnya terjawab apabila mayat mangsa ditemui di perairan sebuah pantai berdekatan daerah Goheung, Korea, Selasa lalu.
Berita menyayat hati ini menjadi topik hangat dan menarik perhatian ramai peminat hiburan Korea di Internet.
Menurut laporan media Korea, aktres jelita ini dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti payung terjun atau skydiving pada 13 Jun lalu.



Difahamkan, kehilangan aktres itu disedari selepas beberapa minit memulakan penerbangan.
Berikutan itu, misi pencarian segera dijalankan sebelum mayat In Ah ditemui bersama payung terjunnya terapung di pantai berhampiran, tiga hari kemudian.
Laporan siasatan turut mendakwa mayat pelakon itu ditemui dalam keadaan hancur.
Pihak berkuasa percaya cuaca buruk mengakibatkan mangsa mengalami kesulitan untuk melakukan pendaratan.
Majlis pengebumian In Ah dijadualkan berlangsung esok. – MYNEWSHUB.CC


MEMALUKAN! PENGETUA SEKOLAH KENA TANGKAP KHALWAT BERSAMA ISTERI ORANG


Seorang pengetua sekolah dan pasangannya yang masih berstatus isteri orang dikenakan hukuman denda RM2,700 oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam, selepas mengaku salah berkhalwat.

Pasangan itu, Rosdi Mohamad Salleh, 49, dari Bukit Payong, Marang, yang juga masih memegang status suami orang dan Zaipah Draman, 48, juga dari Bukit Payong, turut berdepan hukuman lima bulan penjara jika gagal menjelaskan denda.

Hakim Rendah Syarie, Mat Ropi Busu membuat keputusan itu selepas mereka berdua mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001.

GAMBAR HIASAN
Memetik Sinar Harian, berdasarkan fakta kes, pada 6 Januari lalu, sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa syariah yang membuat rondaan di sekitar pantai Batu Buruk, di sini, kira-kira jam 10 malam, sebelum memperluaskan rondaan ke kawasan sekitar sebuah hotel berhampiran.

Sebaik menghampiri kawasan berkenaan, anggota dan pegawai penguat kuasa ternampak pasangan itu dalam keadaan mencurigakan lalu membuat intipan.

Intipan selama beberapa minit kemudian mendapati pasangan berkenaan sedang bercumbuan dan sebaik dihampiri, didapati kepala wanita sedang menunduk ke arah paha lelaki.

Sebaik diserbu, lelaki itu segera bangun dan memperbetulkan pakaiannya manakala siasatan mendapati pasangan itu bukan pasangan suami isteri atau mahram.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2001 kerana berkhalwat.”



DATUK BERKAHWIN 25 KALI DI TANGKAP KHALWAT


KUALA TERENGGANU - Seorang datuk kepada 48 cucu dan empat cicit didenda RM2,400 selepas didapati bersalah atas pertuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam.

Alias Salleh, 78, yang masih beristeri dan mempunyai 18 anak itu turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, dia yang juga seorang bekas guru dan berkahwin sebanyak 25 kali itu memilih menjelaskan denda berkenaan.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah berkhalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.


Berdasarkan pertuduhan, Alias didapati berkhalwat dengan seorang tukang cuci berstatus isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, kira-kira jam 5 pagi pada 10 Mei lalu.

Sebelum kejadian, Alias dan wanita terbabit yang berasal dari Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit, ditahan berdua-duaan di dalam rumah berkenaan oleh sepasukan polis, yang kemudian mendapati mereka tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram.

Pendakwaan dibuat Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala Alias tidak diwakili peguam syarie. 

Terdahulu, Kamalruazmi dalam penghakimannya menasihatkan warga emas itu bertaubat atas kesalahannya, apatah lagi pada usia emas seperti itu kesalahan sedemikian tidak sepatutnya dilakukan.

“Dengan peringkat umur kamu ini, bukan waktu yang munasabah dan sesuai untuk kamu buat kesalahan seperti ini. Kamu nak balik menghadap ALLAH dah...hukuman yang mahkamah jatuhkan kepada kamu tidak boleh menebus kesalahan yang kamu lakukan ini. Insaf dan bertaubatlah,” katanya.


SUNGAI KOTOR BUAT LELAKI INI TAK JADI BUNUH DIRI



Seorang lelaki berusia 48 tahun yang cuba melemaskan dirinya dalam usaha untuk bunuh diri di sungai di sini membatalkan hasratnya kerana air sungai itu terlalu kotor.

Lelaki itu yang hanya dikenali sebagai Liu memberitahu polis, dia mengalami kerugian besar dalam perniagaannya, menyebabkan dia mengambil keputusan membunuh diri.

Dia terjun ke Sungai Yiwu kelmarin. Sebaik berada dalam sungai itu, dia kesal dengan keputusannya kerana air sungai itu terlalu kotor dan busuk, sebelum dia cuba berenang ke tebing.

Bagaimanapun, bukan senang untuk dia berbuat demikian kerana arus deras sungai itu, diburukkan pula dengan hujan lebat.

Dia berjaya mengapungkan dirinya ketika dihanyutkan ke hulu sungai. Mujur ada orang melihatnya sebelum menelefon polis.

Dia memberitahu pasukan perubatan: “Saya tidak jadi bunuh diri kerana air sungai itu busuk dan kotor. Saya juga tidak akan cuba lagi untuk bunuh diri.” – Agensi


KISAH SEBENAR BUDAK KONGSI CERITA PENGALAMAN MALAM PERTAMA DI FACEBOOK



CERITA SEBENAR KANAK-KANAK POST STATUS MALAM PERTAMA DI FACEBOOK | Baru-baru ini sebuah artikel serta gambar mengenai seorang budak yang diberi nama adik Noor izati mengeluarkan kenyataan mengejutkan masyarakat Malaysia dengan status malam pertama saya suka awak punya masuk saya punya telah menjadi viral dilaman-laman sosial terutamanya dilaman-laman blog dan laman sosial.

Penulis juga telah kongsikan printsreen beliau sebelum ini.Namun kakak kepada Noor Izati telah mohon memadam status tersebut menurut kakak beliau akaun adik beliau telah dihack oleh individu yang ingin menjatuhkan keluarganya.

Kakaknya juga telah post ke status wallnya tentang penyebaran printsreen adiknya yang memalukan tersebut angkara dihack oleh individu yang tidak bertanggung jawab.



Jadi penulis terpanggil untuk memaklumkan kepada semua pembaca yang telah membaca artikel ini bahawa akaun adik Noor Izati telah dihack bukan status yang ditulis sendiri oleh beliau. Jika sebelum ini anda terbaca dan terlihat dimana-mana laman sosial atau blog, inilah cerita sebenar beliau mohon anda sebarkan artikel dan maklumkan kepada rakan-rakan bahawa akaun adik Noor Izati telah dihack kerjasama dari anda sangat diperlukan.