Monday, March 30, 2015

FASHA SANDHA TAK PECAYA ORANG GAJI

Fasha Sandha masih melihat kepentingan dan keutamaannya untuk menguruskan anak di rumah biarpun ada pembantu rumah. Sebagai ibu kepada dua anak, Fasha tidak mahu tanggungjawab itu diambil alih pembantu rumah. 

Barangkali bimbang dengan apa yang sering dipaparkan di dada akhbar, laman maya dan TV mengenai sikap jengkel sesetengah pembantu rumah yang tidak mempunyai peri kemanusiaan, Fasha lebih berhati-hati dalam hal itu. 

Menerusi perkahwinannya dengan Rizal Ashram Ramli pada April 2012, mereka dikurniakan Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemaima. Fasha kini dilihat begitu bahagia meniti fasa indah dirinya bergelar isteri dan ibu. 

"Alhamdulillah, saya memanjat kesyukuran atas kehidupan ini. Hidup rasa gembira dan meriah dengan kehadiran dua anak yang melengkapkan kehidupan. Rasa sempurna diri ini sebagai wanita.
"Rutin di rumah saya memang sibuk sebenarnya menjaga anak. Biarpun ada pembantu rumah, saya tak suruh dia buat semua kerja berkaitan anak. Kebanyakannya untuk soal anak di rumah, saya buat sendiri.

"Dalam erti kata lain, apa saja urusan di rumah membabitkan anak mesti ada ahli keluarga. Saya tak percayakan 100 peratus khidmat pembantu rumah. Jadi kalau saya dan suami ada komitmen kerja, sesekali ibu dan ibu mentua pasti ada membantu menjaga anak," katanya kepada BH Online. 

Malah, ketika temubual ini diadakan pada masa berlangsungnya majlis resepsi Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha di Pusat Konvesyen Sime Darby, Fasha memberitahu suaminya Jejai menjaga anak di rumah. 

"Nak bawa anak kecil ke majlis sebegini takut menyusahkan pula. Jadi saya tinggalkan anak di rumah bersama suami yang sangat memahami," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fasha menjelaskan rutin seninya berjalan seperti biasa selain sibuk dengan perniagaan yang diceburinya. Fasha kini turut memiliki rangkaian produk Jemyma yang diambil bersempena nama anak perempuannya.

Produk jenama itu khusus dalam rangkaian barangan seperti pewarna bibir, jus tenaga dan kolagen. Mengikut Fasha tak lama lagi, dia akan keluar dengan rangkaian jenama baju pula.

"Saya akan ke lokasi penggambaran filem Anak Mami Nasi Kandar arahan Prof A Razak Mohaideen pertengahan April depan di samping Saiful Apek. Selain itu saya juga akan terbabit dengan penggambaran drama terbitan Global Station bagi siaran Astro," katanya.

Pada akhir perbualan, Fasha memberitahu dia masih berusaha untuk menguruskan badan.

"Saya masih berusaha untuk kembali ke berat badan ideal. Ia satu yang bergerak perlahan tetapi pasti. Susah sebenarnya nak kurangkan berat badan selepas melahirkan anak. Ia situasi normal. Kita kena kuat," katanya.

PELAWAK ACHEY DITIMPA MUSIBAH

Pelawak Achey, 29, mengalami keretakan di kaki kanan akibat terjatuh daripada motorsikal dalam aktiviti riadah sukan motocross di Ulu Yam, pada Ahad lalu.

Memetik laporan mStar online, juara Bintang Mencari Bintang ini berkata kakinya perlu disimen namun dia menangguhkan dulu rawatan semata-mata ingin melihat Allahyarham Harun Salim Bachik buat kali terakhir.
“Saya dapat berita tersebut pada petang semalam iaitu selepas saya terjatuh daripada motosikal dalam acara riadah motorcross di Ulu Yam. Saya ketepikan sakit dan segera keluar dari hutan apabila mendapati ada beberapa panggilan tidak dijawab daripada anak Allahyarham. Saya sempat ke klinik untuk dapatkan rawatan dan doktor memberitahu kaki saya perlu disimen kerana retak, namun saya minta ia ditangguhkan dan balut sahaja buat masa ini,” ujarnya yang turut berada di kediaman Allahyarham sejak malam Ahad bagi menunggu jenazah dibawa pulang dari Hospital Parit Buntar, Perak.
Sementara itu, Achey berkata, Allahyarham sering memberi kata-kata nasihat dan semangat apabila dia berhadapan pertandingan yang besar.
“Dia orang yang paling penting dan bertanggungjawab membawa saya dalam industri seni ini. Biarpun kini saya sudah boleh bergerak sendiri dalam industri, namun dia sentiasa bertanya khabar dan beri kata-kata semangat kepada saya terutama apabila terlibat dengan pertandingan besar,” ujarnya.
Kata Achey, Allahyarham sering menasihatkannya agar sentiasa menjadi diri sendiri dan tidak mengambil peduli dengan kritikan masyarakat.
Pesanan dia yang saya pegang adalah sentiasa menjadi diri sendiri dan keaslian lawak sendiri. Dia juga selalu ingatkan saya agar jangan ambil peduli apa orang nak cakap kerana hanya kita yang tahu apa yang kita lalui,” ujarnya.
Semoga Achey cepat sembuh.

ANTARA TEGAR & ARIF DOLLAH SIAPA BENAR?

Selain didakwa mencabul Tegar Septian, 13, bekas pengurus pelantun lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang sekarang itu, Muhammad Arif Dollah, 30, turut dituduh melarikan pasport dan barang berharga milik penyanyi remaja popular Indonesia tersebut.

Keadaan semakin keruh apabila penyanyi Singapura, Sufie Rashid turut mendakwa pernah menjadi mangsa seksual Arif.

Namun, berlaku beberapa percanggahan dalam isu berkenaan apabila ketiga-tiga pihak didapati memberi kenyataan berbeza.

Terutamanya apabila Tegar sehingga kini belum menunjukkan laporan pemeriksaan kesihatan yang membuktikan dia dicabul atau tidak.

Kenyataan terbaru menerusi Harian Metro, Ariff berkata selama setahun bertindak sebagai pengurus Tegar, dia melayan penyanyi itu seperti anak sendiri. Malah katanya dia cukup mengenali perangai Tegar kerana sentiasa di sisinya dan mereka juga tinggal bersama pengurus label Indonesia di sebuah apartmen di Jakarta.

Ariff juga mempersoalkan kenapa isu sedemikian timbul ketika mereka berada di Malaysia dan bukannya sewaktu di Indonesia. Jelasnya, dia terkejut apabila tiba-tiba menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada ibu Tegar yang menuduh saya liwat anak­nya. Dia kemudian membalas SMS itu dan meminta ibunya membuat laporan polis serta membuat pemeriksaan kesihatan.

Mengenai dakwaan dia menyekat wang hasil persembahan Tegar hingga membuatkan penyanyi itu kembali mengemis, katanya tuduhan itu tidak benar kerana pembayaran yang diterima Tegar berdasarkan persembahan sahaja dan dia akan mengirim wang kepada ibunya selepas selesai persembahan.

Menurut lelaki itu lagi, Tegar sendiri dalam satu temu bual dengan sebuah stesen radio di Singapura baru-baru ini mengatakan ibunya tidak mengemis.

Sementara mengenai anak tirinya, Sufie yang turut mendakwa menjadi mangsa cabul, Ariff berkata dia tidak mahu komen banyak mengenai hal itu kerana menjaga aib ibu serta keluarga Sufie.

Ariff juga berkata, dia berasa pelik bagaimana Sufie boleh memberi kenyataan berbeza kepada media kerana di laman Facebook miliknya, dia menafikan ibunya pernah berkahwin dengan dirinya.

MENGAPA LANTAI MASJIDIL HARAM TIDAK PANAS?

Melakukan tawaf (mengelilingi Kaabah) di malam dan siang hari memang berbeza. Jika malam hari, cuaca cukup sejuk. Oleh itu, orang sekitar Mekkah jika ingin melakukan umrah biasanya dilakukan pada malam hari.

Begitu juga dengan warga di sekitar Kota Makkah seperti Jeddah. Warga di bandar yang terletak sekira satu jam perjalanan dari Mekah ini, biasanya keluar pada petang hari agar boleh sembahyang Maghrib berjamaah sekaligus melakukan umrah.
 
“Kebiasaan orang di sini begitu. Agak pelik kalau berangkat ke Makkah untuk umrah pada pagi hari,” kata guide MCH Jeddah, Sahe, yang sudah tinggal 23 tahun di Arab Saudi.
Memang suhu di Makkah belakangan ini cukup panas berkisar antara 40-42 darjah celsius. Bandingkan dengan Jakarta yang puncak panasnya berada di kisaran 37 darjah celcius. Puncak panas biasanya terjadi pada pukul 15.00 waktu setempat. Setelah itu, terus menurun hingga malam hari.
Memang keadaannya sangat jauh berbeza. Jika malam hari, melakukan tawaf tidak terlalu menguras tenaga.
 
Berbeza halnya jika tawaf dilakukan siang hari. Keringat sudah pasti bercucuran kerana panas matahari yang menyengat.
 
Meski demikian yang unik, meski mengelilingi Kaabah tanpa alas kaki, namun telapak tidak terasa panas sama sekali. Padahal tempat tawaf merupakan ruang terbuka, panas matahari langsung menerpa lantai marmar.
 
Ini berberda dengan lantai di jalan hendak keluar dari pintu Marwah. Saat berjalan, telapak kaki berasa sangat panas tab berjalan di atas bara api. Kami berjinjit dan berlari kecil untuk mengelakkan panas tersebut.
 
Lalu kenapa di lantai tempat tawaf dan di luar masjidil haram berbeza 180 darjah. Ini menimbulkan rasa ingin tahu. Salah satu ummal (cleaning service) di Masjidil Haram, Udin (40), mengatakan di bawah Kaabah dan tempat tawaf memang dipasang air conditioner agar telapak kaki peziarah tidak melepuh, kepanasan.
 
Setelah membaca buku Sami bin Abdullah al Maghlouthm ‘Atlas Haji dan Umrah’ dan sumber lain, barulah terungkap. Awalnya, tempat tawaf tidak berubin marmar seperti saat ini. Dulu hanyalah hamparan pasir lapang. Barulah pada masa Abdullah Ibnu Zubair. Ubinnya saat itu bergaris lima meter dari Kaabah, hingga 1375 Hijrah atau 1954 M di masa Raja Abdul Aziz sumbangan marmar terus berdatangan. Kini lantai marmar untuk tawaf terbuat dari marmar high terbaik yang mampu menahan teriknya panas matahari.
 
Awalnya lokasi tawaf tidak seluas sekarang, terdapat bangunan di atas Maqam Ibrahim dan juga gerbang pintu masuk telaga Zamzam.
 
Pada masa Raja Faisal pengubahsuaian dilakukan melanjutkan tempoh Raja Saud, di antaranya adalah pembongkaran bangunan di atas Maqam Ibrahim, sehingga lokasi untuk tawaf lebih lebar dari sebelumnya.
 
Pada masa Raja Khalid, perluasan laman untuk tawaf kembali dikembangkan. Gerbang menuju telaga zamzam dipindahkan ke dekat serambi masjid sebelah timur. Kerana itulah area tawaf menjadi lebih luas dari 3.298 meter menjadi 8.500 meter, seluruh bahagian Masjidil Haram lama menjadi tempat tawaf.
 
Kemudian, pengubahsuaian dilanjutkan pada masa Raja Fahd. Dibangunlah ruangan bawah tanah. Tak hanya itu, tingkat bawah tanah juga dilengkapi dengan pengatur hawa dingin. Pusat enjin dibina di kawasan Ajyad. Air sejuk dialirkan di tingkat bawah tanah berasal dari tempat yang sama.
 
Jadi wajar saja, jika lantai yang digunakan untuk tempat tawaf tidak berasa panas sekalipun suhu udara sangat panas. Ini adalah bentuk perkhidmatan Kerajaan Kerajaan Arab Saudi terhadap jamaah yang setiap tahun harus meninggalkan sanak keluarga di negara mereka demi melaksanakan Rukun Islam ke-5.

Sunday, March 29, 2015

AWAL ASHAARI KEMALANGAN, KERETA BWM 6 SERIES HANCUR REMUK

Terkejut dan takut gambar kereta BMW 6 Series yang membawa Awal Ashaari yang terlibat di dalam kemalangan hari ini. Memang hancur remuk. Nasib baiklah Awal Ashaari dan kawan baiknya yang memandu kereta tersebut, Izuan Mokhtar tidak mengalami kecederaan yang serius. Kedua-duanya telah dikejarkan ke Hospital Besar Melaka untuk rawatan selanjutnya.

Kemalangan tersebut berlaku di di Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan tidak jauh daripada kawasan Rehat dan Rawat Ayer Keroh, Melaka kira-kira jam 11 pagi tadi. Awal Ashaari yang tidak berapa sihat telah meminta pertolongan rakannya, Izuan Mokhtar untuk memandunya ke Melaka untuk mengacarakan program Melodi secara langsung di Jom Heboh Melaka. Malang memang tidak berbau apabila mereka berdua terlibat di dalam kemalangan ini.

Mengikut laporan terkini di media, Awal Ashaari sekadar mengalami kecederaan di bibir dan bakal keluar daripada hospital hari ini. Alhamdulillah. Sesungguhnya Allah telah melindungi Awal dan rakannya. Kalau tengok kereta, memang seram. Nasib baiklah hanya kecederaan ringan sahaja.

Menurut Izuan, kereta tersebut rosak teruk selepas terbabas ke bahu jalan akibat brek tidak berfungsi dengan baik dan tayar bahagian belakang bocor. Semuanya terjadi dengan begitu pantas. Untuk makluman, menurut Zuan Azmi iaitu wartawan Melodi TV3, kereta BMW 6 Series itu adalah milik rakan Awal Ashaari, Izuan Mokhtar. Apa pun, kereta boleh claim insurance, yang penting nyawa selamat. Sama-samalah kita doakan tiada kecederaan dalaman buat kedua-duanya. Amin.

UPDATE: Awal Ashaari telah memuatnaik gambar terbarunya di Instagram (seperti di bawah) dengan tulisan ini:-
Assalamualaikum. Saya telah terlibat dengan kemalangan tengahari tadi ketika dalam perjalanan ke Jom Heboh Melaka. Alhamdulillah, tiada kecederaan serius, Terima Kasih diatas pertolongan semua pihak yang telah mengeluarkan saya dari kenderaan, bawa ke hospital dan rawatan yg diberikan oleh Hospital Melaka. Inshallah saya akan ditukarkan ke Kuala Lumpur malam nanti. Doakan kesihatan saya, dan rakan @izuan_mokhtar yang turut sama mengalami kecelakaan ini. Salam, Terima kasih.

Saturday, March 28, 2015

SAYA SENTIASA SOKONG NAZIM- BELLA DALLY

SELEPAS sekian lama mendiamkan diri, misteri penyakit sebenar yang dialami Nazim Othman akhirnya didedahkan aktor itu menerusi rakaman program H! Live Apa Kata Malaysia di saluran Astro baru-baru ini.

Ketika ditemu bual hos program berkenaan iaitu Datuk Aznil Nawawi pada Isnin lepas, Nazim menafikan dia menghidap kanser otak.

Sebaliknya, Nazim menjelaskan, dia kini dalam proses pemulihan selepasi menjalani pembedahan akibat ketumbuhan otak pada 6 Mac lalu selepas dikesan menderita penyakit itu sejak Januari lepas.
Menurutnya, pada mulanya dia disyaki menghidap demam denggi, namun pemeriksaan darah oleh pihak hospital mengesahkan dia bebas daripada penyakit itu sebelum kesakitan di kepalanya berlarutan selama sebulan.

Gara-gara ubat-ubatan yang diambilnya juga menyebabkan badan Nazim kini dilihat sedikit berisi berbanding dahulu.

Perkembangan positif itu pastinya mengundang kelegaan keluarga dan peminat Nazim termasuk wanita yang dikatakan paling rapat dalam hidupnya buat masa ini, Bella Dally.

Bella, 24, atau nama sebenarnya Nabilah Ali Dally juga pernah berkongsi gambar mereka di laman Instagram bersama kata-kata semangat seperti You’re Not Alone (awak tidak berseorangan) baru-baru ini.

Biar ramai yang tertanya-tanya apakah status hubungan sebenar antara mereka selama ini, tanpa berselindung Bella mengakui cukup gembira dengan perkhabaran positif Nazim ketika ini.

“Alhamdulillah, saya sentiasa menyokong Nazim sejak dahulu. Saya juga berharap kesemua pihak dapat mendoakan kesejahteraan Nazim supaya kembali sihat walafiat seperti sedia kala,” katanya kepada Sensasi Bintang.

Sengaja ditebak persoalan sama ada dia akan sentiasa menemani Nazim tidak kira apa jua yang berlaku, ini jawapan Bella.

“Nazim tahu apa yang akan saya katakan kepadanya. Jadi, biar antara kami saja yang tahu,” jelas teraju drama Vanilla Coklat itu.

Sambil tidak putus-putus memanjat doa supaya Nazim kembali pulih 100 peratus, Bella sebaliknya bersikap ‘mengunci mulut’ berhubung penyakit yang menimpa Nazim.

“Maaf, saya tidak berhak untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu,” jelasnya.

Bella juga enggan mengulas lanjut mengenai siapa sebenarnya Nazim di hatinya.

“Apabila masanya sudah tiba, saya akan umumkan,” ujarnya menutup perbualan.

PASANGAN BUNUH DIRI KERANA CINTA TERLARANG

Akibat Cinta Terlarang, Pasangan Nekad Gantung Diri | Kisah cinta terlarang seringkali dipaparkan di skrin TV di mana pasangan akan berjuang bermati-matian mempertahankan cinta mereka.
Lain pula yang terjadi kepada pasangan ini di mana mereka memutuskan untuk membunuh diri bersama demi mempertahankan cinta mereka.
Kejadian ini berlaku di Samarinda, Kalimantan Timur. Mayat pasangan ini ditemui tergantung pada sebatang pokok dipercayai akibat cinta terhalang dari kedua belah pihak keluarga mereka yang menolak cinta mereka.
Mayat lelaki bernama Yudi Hartono dan wanita bernama Nurhayati nekad menggantung diri mereka pada sebatang pokok di kawasan Lao Hui Kelurahan Harapan Baru, Samarinda Seberang.
 
MENU MAKANAN RESTORAN TERBAIK DUNIA 2010-2012 KINI DIPERTIKAIKAN

Makanan Yang Dihidangkan Dalam Restoran Noma, Restoran Terbaik Dunia 2010-2012 | Noma adalah dua restoran yang diuruskan oleh chef Rene Redzepi sekitar Copenhagen, Denmark. Pada tahun 2010-2011-2012, restoran ini telah dinobatkan sebagai the Best Restaurant in the World oleh Restaurant Mazagine.

Pada 2013, ianya berada di tangga ke-2. Namun ramai orang tidak puas hati dengan keputusan itu merujuk kepada makanan yang dihidangkan di restoran itu. Berikut adalah sedikit makanan yang dihidangkan untuk dua orang. 

“Dia tak boleh kata Amir adalah UK’s atau UK’s adalah Amir. Dia boleh guna nama UK’s di hujung namanya tetapi dia tidak boleh dakwa UK’s adalah miliknya,” kata pemain gitar UK’s, Amy mengenai kenyataan bekas penyanyi kumpulan itu Amir, baru-baru ini yang seolah-olah tidak berpuas hati apabila UK’s aktif kembali menerusi album berjudul Kembali Berbisa.
Album itu memuatkan 12 lagu termasuk enam lagu baru. Dua daripadanya iaitu Lepaskanmu Kerna Terpaksa dan Hati Yang Terluka nyanyian penyanyi undangan Sharpawi kini mendapat perhatian pendengar.
Lagu baru lain dalam album itu ialah Sesalan, Rhythm Berbunyi Lagi, Lumrah Percintaan (nyanyian Amy) dan Aku Jatuh Cinta (Amy dan Yana Samsuddin).
Album terbitan syarikat penerbitan milik Amy, UK’s Records Entertainment itu turut menampilkan anggota asal kumpulan itu, Amirul, Daniel dan Adi.
Nama UK’s kembali menjadi sebutan apabila lagu Lepaskan Ku Kerna Terpaksa menjadi juara carta radio THR Gegar selama setahun dan ditonton lebih lima juta orang di YouTube.
Menurut Amy, Amir dikatakan tidak berpuas hari kerana mereka tidak mengundangnya untuk menyanyikan lagu baru dengan memberi alasan kumpulan itu sinonim dengannya.
“Kalau mengikut sejarah penubuhan UK’s, Amir bukanlah penyanyi asal. Dia menggantikan Zul yang tarik diri selepas menghasilkan album pertama. Amir yang ketika itu penyanyi kumpulan Analisa menggantikan Zul ketika UK’s mahu menerbitkan album kedua berjudul Kembali Mencari pada 1989. Amir bersama UK’s sehinggalah dia keluar pada penghujung 1996 untuk bergerak solo.
“Sejak itu kami tidak pernah mencampuri urusannya dan tidak juga bermusuh dengannya. Selepas keluar dari UK’s , Amir menubuhkan kumpulan baru tetapi gagal menarik perhatian peminat muzik yang mana akhirnya dia kembali menyanyi solo.
“Dia sendiri tidak pernah mengajak UK’s untuk membuat persembahan bersama-samanya, jadi kenapa dia mesti kecoh apabila saya tidak mengundangnya ketika saya menerbitkan album Kembali Berbisa.
“Saya juga tidak pernah kisah dia masih dikenali sebagai ‘Amir UK’s’. Oleh itu dia juga tiada hak untuk menghalang kami mempopularkan semula kumpulan ini. Setakat ini untuk setiap penerbitan album baru, saya menggunakan khidmat vokalis undangan kerana belum berjumpa penyanyi yang boleh diambil tetap bersama UK’s,” katanya.
UK’s dalam perancangan menerbitkan album baru berjudul Masih Berbisa yang dijadualkan akan berada
di pasaran selepas Aidilfitri ini.
Perkembangan lain, UK’s bersama lima anggota asalnya akan mengadakan persembahan di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 24 Mei ini jam 9 malam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39783#sthash.9xsHHXKU.dpuf

CERITA SEBENAR GADIS MUDA 18 TAHUN KAHWINI GURUNYA 52 TAHUN

Sebelum ini warga maya digemparkan dengan gambar seorang gadis muda berkahwin dengan seorang lelaki tua yang pernah menjadi gurunya ketika di zaman persekolahan.
 
Gadis yang berusia 18 tahun itu dilaporkan berkahwin dengan cikgu lelaki dari sekolah yang sama berusia 52 tahun. Bagaimanapun, tiada sesiapa yang mendedahkan cerita di sebalik gambar yang tersebar itu.

Menurut seorang individu bernama Mohd Hisham, lelaki itu bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Baling. Lelaki itu juga dikatakan telah berkahwin dan mempunyai anak perempuan.

"Cikgu 52 tahun, anak murid 18 tahun. Kalau dah jodoh. Cikgu dengan anak murid. Cikgu SMK Baling.

"Bini tua gambar kanan, yang kiri memang bini muda. 

"Bestfriend anak dia dok mai tdo umah. Tersangkut..."

Gadis muda dengan rupa paras yang menawan, sudah pasti memikat hati sesiapa saja. Lebih-lebih lagi di usia muda, mudah untuk si suami mendidik isterinya. 

Meskipun ramai yang mempersoalkan pasangan ini, jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Ilahi. Semoga pasangan ini kekal bahagia. Amin.

INILAH DIA DUIT SYILING MALAYSIA YANG TERMAHAL PERNAH DIREKODKAN

Tiada siapa menyangka bahawa yang duit syiling Malaysia sebenarnya mahal. Sering kali kita dengar dari kecil hingga besar pasal kehebatan duit 10 sen keluaran 1971 di mana harganya boleh mencecah hingga ribuan ringgit.

Tetapi tahukah anda bahawa sebenarnya ada lagi duit syiling yang paling mahal di Malaysia yang telah terjual. Bayangkan duit 50 sen di jual dengan harga puluhan ribu ringgit. Mungkin duit tersebuat anda pernah guna dan tidak sedar akan nilainya.

Kebanyak duit syiling yang akan disiarkan nanti telah dilelong oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura atau sebelum ini dikenali sebagai Numismatic Society Asia (NSA).

Berikut adalah nilai syiling termahal di Malaysia.

5.                50 sen 1967 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM7600 
 
Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1967 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM7,600 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura.

Duit syiling itu adalah yang kedua terbaik didalam grednya untuk syiling 50 sen 1967 Milled Edge. Syiling gred terbaik untuk 50 sen 1967 Milled Edge adalah pada Gred NGC MS66 yang dimiliki oleh Trigometric Sdn Bhd.

4.                       50 sen 1969 Milled Edge NGC AU55 dilelong RM10,253

Pada 19 Oktober 2013, sekeping Syiling 50 sen 1969 Milled edge telah terjual dengan harga RM10,253 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan yang diadakan oleh Numismatic Society Asia (NSA) di Hotel Landmark Village, Singapura. Syiling itu digred oleh Numismatic Guaranty Corporation (NGC) sebagai Au- 55.

Khabar angin mengatakan, syiling itu telah dibeli oleh orang yang turut memenangi Syiling 50 sen 1969 security edge ketika lelongan Malaysia Numismatic Society (MNS) No.157 pada 29 September 2013 di Jabatan Muzium, Muzium Negara, Kuala Lumpur. 

3.                    50 sen 1968 Milled Edge NGC MS66 dilelong RM19,942 
 
 Pada 19 April 2014, didalam acara lelongan oleh Collectibles Auction Asia (CAA)di Hotel Landmark Village, Singapura, sekeping syiling 50 sen 1968 Milled Edge (sisi bergerigi) telah dilelong pada harga RM19,942 (termasuk premium pembeli).

Duit Syiling 50 sen 1968 Milled Edge yang dilelong pada harga SGD6500 (tanpa premium pembeli) tersebut adalah gred yang terbaik untuk syiling 50 sen 1968 Milled Edge didalam rekod Numismatic Guaranty Corporation (NGC) pada gred MS66. Duit syiling itu juga adalah koleksi Master Sifu Wong Hon Sum.

2.              1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB dilelong RM46,769

Pada 4 Oktober 2014, syiling 1 sen 1970 Copper Clad Steel NGC MS63 RB yang dilelong didalam acara lelongan Collectibles Auction Asia (CAA) yang sama seperti di atas turut mendapat harga penutup yang tinggi pada harga RM46,769 termasuk premium pembeli.

Pada masa ini, hanya ada 4 keping syiling 1 sen 1970 Copper Clad steel yang telah direkodkan. Syiling 1 sen 1970 yang normal adalah diperbuat daripada copper berbanding dengan syiling ini daripada copper clad steel yang melekat pada magnet.

1.                 50 sen 1969 Milled Edge NGC MS65 dilelong RM81,846 
 
Pada 4 Oktober 2014, Duit syiling 50 sen 1969 tanpa sisi sekuriti (Milled Edge) yang telah digred MS65 oleh Syarikat Pengredan dari Amerika Syarikat, Numismatic Guaranty Corporation (NGC) telah dilelong RM81,846 (termasuk premium pembeli) didalam satu acara lelongan numismatik oleh Collectibles Auction Asia (CAA) di Singapura. Gred MS65 adalah gred yang terbaik setakat ini untuk duit syiling 50 sen Milled Edge 1969.

Selain syiling ini, ada sekeping sahaja syiling 50 sen 1969 Milled Edge yang mendapat gred MS62, syiling kedua terbaik untuk kategori syiling ini. Pembeli duit syiling itu adalah seorang collector dari Singapura. Anda boleh baca dengan lebih lanjut mengenainya disini: 50 sen 1969 Milled Edge sold RM81,846