Tuesday, June 9, 2015

(GAMBAR) TRACK MACK SUPER-LINER MILIK SULTAN JOHOR ANTARA KOLEKSI YANG TERMAHAL



Trak Mack Super-Liner ini dibeli oleh Duli Yang Maha Mulia, Sultan Ibrahim, Sultan Johor sendiri ketika dalam pertunjukan Brisbane Truck Show baru-baru ini.

Trak yang menggunakan konsep warna merah, biru dan putih ini pada asalnya berwarna putih, kemudian diwarnakan sama seperti JDT Cigarette Speed Bot yang memaparkan bayangan harimau selain warna rasmi negeri Johor.




Menurut sebuah portal dari Australia Motoring,  DYMM Sultan Johor amat berminat dengan trak tersebut, jadi baginda serta merta deal dengan syarikat kilang trak tersebut untuk membeli trak ini.
Untuk buat renovation pada trak ini ia mengambil masa sehingga 3 bulan dan memerlukan 30 orang tenaga pekerja, waaah!

Apa yang menarik lagi di dalamnya dilengkapi dengan set dapur kecil, 2 set televisyen, 2 iPad, Xbox dan Playstation 4. Wow! kalau kita nak pakai benda ni memang gadai tanah la jawabnya







JPJ MOHON MAAF WANITA DIARAHKAN PAKAI KAIN BATIK





KUALA LUMPUR – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memohon maaf kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Suzanne G.L. Tan kerana diarahkan memakai pakaian kain batik ketika berurusan di JPJ Wangsa Maju di sini .

JPJ dalam satu kenyataan media memberitahu, JPJ berasa amat kesal kesal dengan kejadian tersebut dan memohon maaf kepada Tan di atas kesulitan yang beliau alami.

“JPJ ingin menegaskan bahawa tiada peraturan yang menyatakan bahawa pelanggan perlu diberikan kain sarung jika mereka tidak menepati garis panduan kod etika pakaian.

“Apa yang terjadi jelas telah menyulitkan urusan pelanggan tersebut,” kata kenyataan itu hari ini.

JPJ bagaimanapun menegaskan jabatan itu tertakluk kepada garis panduan kod etika pakaian yang telah ditetapkan sama seperti pejabat kerajaan yang lain.

“JPJ sentiasa proaktif dalam memberi khidmat kepada orang ramai bagi memastikan mereka memperolehi perkhidmatan yang baik dan efisien,” kata kenyataan itu.

Mynewshub.cc  hari ini melaporkan, seorang wanita yang dikenali sebagai Suzanne G.L. Tan menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap layanan JPJ menerusi laman Facebook.

Luahan wanita itu yang disertakan beberapa gambar menarik perhatian netizen hingga menjadi topik hangat di laman sosial.

Menurut Suzanne, tujuan dia berurusan dengan pejabat JPJ adalah bagi menandatangani borang pemindahan nama hak milik bagi sebuah kereta yang dijual.

Bagaimanapun, wanita yang memakai baju berwarna merah jambu dan skirt merah ini mendakwa didekati oleh seorang kakitangan JPJ sebelum disuruh menyarungkan kain batik yang diberi.


SEDIH - PELAJAR TINGKATAN TIGA MENGANDUNG ANAK BANGLA !!




 
 
Kekerapan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun berkunjung ke rumah teman lelakinya yang juga warga Bangladesh membongkar kegiatan maksiat dilakukannya malah dia kini hamil enam minggu selepas ditahan di sebuah rumah di Taman Mahsuri, dekat Padang Serai, di sini.
Difahamkan, remaja tersebut ditahan sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kulim (PADK) selepas dikesan berdua-duaan sehingga menimbulkan syak wasangka dengan seorang lelaki Bangladesh berusia 28 tahun di sebuah rumah di Taman Mahsuri dekat Padang Serai, di sini.
Ketua Unit Penguat Kuasa Agama PADK, Azmi Abdul Rejab berkata, remaja terbabit disahkan mengandung susulan pemeriksaan kesihatan Hospital Kulim ke atas gadis itu, selepas ditahan dalam operasi cegah maksiat Rabu lalu.


(GAMBAR) WAJAH WANITA INI DI MAKAN BAKTERIA


Manthrie Dewage Karunawathi adalah seorang wanita 59 tahun wanita dari Galewela di Sri Lanka. Dalam dialek tempatan, maksud Karunawathi adalah “Wanita Penyayang”. Manthrie Dewage Karunawathi mengalami sejenis penyakit yang jarang, bakteria pemakan daging yang memakan separuh daripada mukanya hingga ke bawah tulang. Penyakit ini juga menyebabkan wanita ini kehilangan telinga kiri dan bibirnya, menghadkan keupayaannya untuk mendengar, mendedahkan gigi menyebabkan beliau kelihatan seperti zombie. Sesetengah orang memanggilnya “real life two face”.





Manthrie Dewage Karunawathi menjalani pembedahan rekonstruktif muka 5 kali dalam setahun daripada Disember hingga Jun dan pembedahan itu berjaya, kini beliau bersyukur dapat lagi melihat anaknya.








PERUBAHAN MENGEJUTKAN 6 BULAN SEBELUM PERKAHWINAN



Obese Matt dan hannah bradley membuat keputusan untuk hilangkan berat badan selepas melamar hannah dan menyakinkan kekasihnya untuk menyertai Slimming world dan mengejutkan apabila mendapati berat badan mereka turun mendadak.








(GAMBAR) JURUGAMBAR TERBAKAR KERANA TERLALU HAMPIR DENGAN LARVA BERAPI !!


Singson, seorang hiker ekstrim dan jurugambar lanskap yang berpusat di Kailua-Kona, Hawaii, Selama bertahun-tahun, ia telah mengabadikan gambar di berbagai macam lokasi dan di tempat-tempat yang sukar untuk dicapai.

Pada tarikh 4 Julai, Singson mengambil gambar di sekitar gunung berapi di Hawai, Ia terlalu dekat dengan lava panas hingga kasut dan tripodnya terbakar. Dalam sebuah gambar tampak Singson dengan kasut dan tripod masih terbakar, Ia hanya dapat berdiri di atas lava beberapa saat saja kemudian Ia harus berpindah ke lokasi yang lebih selamat.






Saturday, April 4, 2015

SARIMAH IBRAHIM MEMILIH NEW YORK, AMERIKA SYARIKAT DESTINASI BERBULAN MADU

Sarimah dulu pernah berkahwin dengan jejaka luar negara tetapi perkahwinan  mereka gagal ditengah jalan. Kini Sarimah telah selamat bernikah dan menjadi isteri buat Suami tercinta merupakan cucu kerabat Negeri Sembilan. Pengantin baru, Sarimah Ibrahim dan Tunku Nadzimuddin atau lebih mesra dengan panggilan Tunku Jamie yang baru semalam bernikah, memilih New York, Amerika Syarikat, sebagai destinasi percutian bulan madu mereka tidak lama lagi.



Walaupun ia bukanlah kali pertama bagi mereka dua menjejakkan kaki di kota metropolitan tersebut, namun pasangan ini mempunyai sebab mengapa mereka mahu kembali ke situ lebih-lebih lagi kali ini adalah atas tujuan berbulan madu pula.

“Sebenarnya, saya pernah ke New York sebelum ini. Sewaktu kunjungan pertama itu, saya sangat-sangat seronok dan terfikir untuk datang lagi ke New York suatu hari nanti. Jadi apabila memikirkan destinasi honeymoon, saya terus terbayangkan New York” 




“Kali ini, saya mahu berkongsi pengalaman yang menyeronokkan di New York bersama-sama Tunku Jamie. Saya mahu ajak Tunku Jamie ke Empire State Building,” ujar Sarimah yang kepada Mangga Online. Mungkin juga mereka ingin menikmati suasana romantik berdua di sana. 

Malah, Tunku Jamie juga mengakui pernah merancang membawa isterinya berbulan madu di New York selama tiga minggu sekitar bulan Jun nanti dan tambahnya, dia dapat merasakan bahawa percutian kali ini bakal menjadi percutian yang paling manis buat mereka berdua.








SHAMSUL YUSOF BAWA PUTERI SARAH BERCUTI DI AUSTRALIA


Dalam kehidupn ini adakalanya masalah akan menimpa kita tanda Allah mahu menguji umatnya. Tidak terlepas juga buat pasangan bahagia ini. Sebelum ini kita telah digegarkan dengan perkhabaran filem arahan Shamsul telah di sabotaj dan juga khabar menyedihkan buat pasangan ini dimana isteri tercinta telah keguguran anak pertama mereka. Tetapi mereka tetap kuat menghadapi dugaan ini dengan tenang dan mari kita lihat gambar yang dikongsikan pasangan ini di akaun Instagram mereka. Kini Shamsul Yusof dan juga isteri tercinta sedang bercuti di Australia. Mungkin juga percutian tersebut merupakan hadiah ulangtahun perkahwinan pertama Shamsul pada isterinya. 



Apa yang kami suka lihat ialah kebanyakan gambar Puteri Sarah pasti akan melentok di bahu suaminya. Manis sungguh dan daripada riak wajah saja pun sudah tahu mereka bahagia.



Malah, Shamsul juga sebelum ini pernah menyifatkan perkahwinan itu sebagai satu pelengkap di dalam kehidupannya dan banyak membuatkan dirinya berubah. Shamsul dan juga Sarah sebelum ini telah selamat bergelar suami isteri pada 8 Mac 2014. 

Apa yang pasti, doa daripada peminat sentiasa mengiringi pasangan ini. Semoga kebahagian Shamsul dan juga isteri berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin
 



DALAM USIA BEGINI SEKS BUKAN PERKARA UTAMA BUAT SAYA- DATUK AZNIL NAWAWI



Datuk Aznil Nawawi memang sudah lama menjadi duda dan kini dua permata beliau telah meningkat dewasa. Mengakui seringkali ditanya mengenai hal perkahwinan, Datuk Aznil Nawawi beranggapan bahawa perkara tersebut sebagai suatu yang sangat klise. Malah seringkali soalan tersebut disambut dengan ketawa. Mengakui sesekali persoalan kahwin itu bermain di kepala, Aznil menjelaskan komitmen kerja yang sentiasa memerlukan dia sentiasa ke sana ke sini, membuatkan beliau melupakan perihal berkenaan. Tambahnya lagi, faktor usia juga menyebabkan dia tidak meletakkan seks sebagai perkara utama.




“Kalau balik rumah dan penat sangat serta mengantuk, tidurlah jawapannya. Pada usia saya kini, seks bukan keutamaan. Malah kalau ada yang berkahwin semata-mata kerana seks, saya rasa pelik juga. Ini kerana perkahwinan lebih daripada itu”

“Seks hanya sebahagian sahaja. Kasih sayang lebih penting. Macam sekarang kasih sayang saya terus mengalir kepada anak, ibu, keluarga dan kawan. Paling melegakan saya apabila tidak terikat dengan sesiapa ialah tak dihimpit soalan awak kat mana atau balik pukul berapa,” jelasnya. 


“Bukan sewenang-wenangnya jumpa orang dan ajak jomlah kahwin. Pengalaman kahwin dulu banyak mengajar saya untuk jadi lebih berhati-hati. Kerana terlalu sibuk bekerja dan menghabiskan masa di luar, ada hati yang terabai”

“Jadi saya akan kasihankan mana-mana wanita di luar sana yang akan keseorangan di rumah atau ditemani anak sahaja. Komitmen kerja saya memang memerlukan bergerak dan terbang ke sana ke mari. Kerjaya saya memang menyukarkan untuk ada komitmen berumah tangga,” katanya kepada Berita Harian.


TAUFIK BATISAH SELAMAT BERNIKAH


Seperti yang kita ketahui Taufik Batisah akan menamatkan zaman bujangnya itu pada bulan April. Tahniah kami ucapkan kepada Taufik Batisah kerana telah selamat bergelar suami kepada Sheena Akbal dalam majlis pernikahan yang berlangsung pada hari ini. Taufik telah dinikahkan sendiri oleh ayah pengantin perempuan dengan sekali lafaz sahaja.

Sebelum ini Taufik pernah mendedahkan bakal isterinya di Facebook dan menerima banyak reaksi positif di laman sosialnya. Taufik pernah digosipkan dengan Nur Fazura kerana mereka telah digandingkan untuk menjadi juri dalam rancangan hebat Maharaja Lawak Mega namun penyanyi ini bijak menangkis sebarang spekulasi malah sangat menjaga privasi hubungannya dengan insan terdekat. 




Semoga ikatan ini bakal membawa seribu satu cahaya baru kepada pasangan ini dan kami pasti ramai peminat Taufik di luar sana sentiasa mendoakan kebahagiaan selebriti kesayangan mereka ini. Kami kongsikan beberapa keping gambar untuk anda