Monday, March 16, 2015

KAMAL ADLI BAWA EMMA MAEMBONG JUMPA KELUARGA




Ketika ini timbul khabar angin mengatakan bahawa hubungan Emma Maembong dan juga Kamal Adli semakin rapat selepas kedua-dua pelakon ini dikatakan memilih jalan solo masing-masing.

Malah ada juga yang menjangkakan bahawa mereka kini sedang hangat bercinta namun mahu merahsiakan dulu perkara tersebut ketika ini. Ini adalah keterangan dari teman rapat Emma Maembong

“Betul, memang mereka rapat sejak akhir-akhir ini. Tapi Kamal bukanlah punca perpisahan Emma dan Zizan sebaliknya semua ini berlaku selepas putus cinta”

“Khabarnya lagi, Kamal sudah pun membawa Emma berjumpa dengan keluarganya untuk berkenalan. Macam orang bawa kawan-kawan balik rumah berkenalan dengan keluarga, macam itulah mereka. Dengar cerita memang keluarga Kamal sangat menyenangi Emma sebab wanita tersebut pandai melayan dan mengambil hati mereka. Itu sahaja cerita yang boleh diberitahu,” kata sumber itu lagi.

Jika perkara ini benar, kami yakin peminat Emma dan juga Kamal pasti akan mendoakan kebahagiaan selebriti kesayangan mereka ini. Mari kita lihat dan tunggu ‘episod’ terbaru mengenai ke mana hala tuju hubungan Emma dan juga Kamal selepas ini


Saturday, March 14, 2015

NELYDIA SENROSE AKAN BERTUNANG ELAK KONTROVERSI?

Menjalani kehidupan sebagai selebriti dan menjadi antara pasangan yang popular di tanah air pastinya pasangan Qi Razali dan Nelydia Senrose dihimpit pelbagai gosip dan kontroversi. Ingin mengelakkan diri daripada perkara tersebut, Qi bakal mengikat tali pertunangan dengan Nelydia tidak lama sahaja lagi.




Keputusan ini memang telah saya dan Nelydia bincangkan dan diharapkan selepas bergelar tunang dapat mengurangkan cerita yang kurang enak mengaitkan Nelydia dan pihak tertentu.
Sudah bercinta lebih dua tahun lamanya, Qi yang mengakui belum mempunyai rencana khusus untuk berkahwin berkata, keputusan ini sekurang-kurangnya akan mendekatkan dirinya untuk mendirikan rumah tanggan dan sekaligus melangkah satu tapak ke fasa seterusnya dalam perhubungan mereka.
Setelah lebih dua tahun bercinta saya rasa sudah sampai masanya untuk saya memikirkan langkah seterusnya hubungan kami ini. InsyaAllah, dalam masa terdekat ini saya akan menghantar rombongan meminang Nelydia. Kami berdua memang belum puas lagi mengejar cita-cita tetapi diharapkan dengan ikatan pertunangan akan menjadi titik tolak kepada perancangan untuk kehidupan berumahtangga yang kalau boleh tak mahu dilengahkan lagi.


Pertunangan Qi Razali dan Nelydia Senrose sudah lama dinantikan oleh peminat. Tambahan pula, Qi boleh dikatakan sudah  berumur dan sudah boleh menjadi seorang ketua keluarga. Iyalah, mungkin sahaja Nelydia tidak pernah membicarakan soal perkahwinan, tetapi hati wanita mana yang tidak menginginkan sesebuah hubungan itu beakhir ke jinjang pelamin?










KES MUFLIS: HANA ELITE LEGA KERANA DIPUTUSKAN WATIE ELITE YANG BERSALAH OLEH MAHKAMAH


Niat ikhlas untuk membantu rakan baiknya telah menjerat dirinya sendiri dimana Hana Elite di sahkan muflis kerana kesalahan yang dibuat rakan baiknya sendiri iaitu Watie Elite.

Susulan berita tersebut, Hana yang pada waktu itu tertekan mahu mendapatkan haknya semula dan membawa  hal ini ke mahkamah. Hari ini, hampir lima tahun bergelut dengan pelbagai perkara untuk menyelasaikan permasalah ini, pihak Mahkamah Seksyen Selayang telah menjatuhkan hukuman bersalah ke atas Watie kerana menyebabkan Hana bankrap.



 Bukan niat Hana untuk tidak menyelasaikannya dengan cara baik, namun usaha beliau sebelum ini tidak membuahkan hasil.
Sebelum ini, selama 5 tahun saya mencari dia untuk berbincang. Bukan saya tak cari. Sekarang dia kena selesaikan tanggungjawab untuk langsaikan perkara ini.
Sekarang, Hana sudah merasa lega kerana penantian beliau sebelum ini akhirnya terjawab dan kes tersebut sudah pun selesai.
Alhamdulillah, ketika ini saya tidak boleh berhenti senyum. Saya rasa sangat lega dan bersyukur kepada Allah kerana beri peluang kepada saya untuk kembali menjalani kehidupan seperti biasa. Lepas kejadian yang menimpa saya ini, saya akan lebih berhati-hati.
Terdahulu, Hana telah diisytiharkan muflis pada ada April 2013 kerana gagal menyelesaikan bayaran pinjaman bank sedangkan dalam masa yang sama, beliau sendiri tidak mengetahui mengenai pinjaman tersebut.

Ketika itu beliau hanya ingin membantu Watie kerana terhimpit dengan kehidupan yang sukar ketika itu. Atas dasar persahabatan, Hana bersetuju untuk pinjamkan nama dan membayar duit pendahuluan bagi membolehkan Watie membeli sebuah kereta Toyota Wish.

Hana juga menjelaskab sebelum ini suami Watie iaitu Joey ada menghubunginya untuk berbincang dengan cara baik untuk menyelesaikan masalah ini namun menurut Hana perkara tersebut sudah terlambat.
Saya kata saya minta maaf sebab mahkamah sudah jatuhkan hukuman.



DATIN PADUKA UMIE AIDA SUNYI TANPA ANAK KECIL DAN MENGAKUI ADA MASALAH UNTUK HAMIL

Sudah mencecah umur 41 tahun dan beberapa tahun mendirikan rumah tangga, Datin Paduka Umie Aida memberitahu beliau terasa sunyi didalam hati tanpa kehadiran anak kecil yang mampu menceriakan beliau selepas dua orang anak  angkat beliau meningkat dewasa.

Mengakui sukar untuk hamil kerana  mempunyai masalah kesihatan, Umie Aida redha dengan segala ketentuan olehNya.


Saya terlalu sukakan budak-budak tetapi inilah dugaan untuk saya. Allah tidak memberikan saya zuriat dan kami masih belum ada rezeki untuk itu. Lagipun doktor beritahu saya ada penyakit dan peluang untuk mengandung itu agak sukar. Alhamdulillah saya reda dengan ujian ini dan mungkin Allah ingin menguji untuk melihat sejauh mana kesabaran saya. Saya juga tidak tertekan memikirkan tentangnya.

Mempunyai dua orang anak angkat lelaki yang sibuk dengan hal masing-masing, primadona ini merancang untuk mengambil anak angkat dalam masa terdekat jika mendapat keizinan daripada suami tercinta.
Saya ada dua anak tetapi anak-anak saya sudah dewasa. Mereka sudah ada kehidupan sendiri dan kadangkala saya sunyi. Suami pula sibuk bekerja. Saya sedang memujuk suami untuk mengambil seorang anak angkat dan jika dia izinkan, insyaAllah semua akan menjadi kenyataan. Itu pun jika mendapat keizinannya.
Aktres tersebut kerap menghabiskan masa berkunjung ke rumah kebajikan, meluangkan masa bersama kanak-kanak yang memerlukan dan sememangnya rapat bersama anak-anak buahnya.


Sedih dengar kisah Umie Aida, semua orang tiada yang sempurna. Semoga apa yang dihajati oleh Umie Aida akan menjadi kenyataan. Amin


TAHNIAH BUAT FAD BOCEY INI SAH BERGELAR SUAMI KEPADA ADIK ANGKAT JIHAN MUSE

Salah seorang daripada anggota kumpulan lawak, Bocey iaitu Fad telah selamat bergelar suami kepada Nur Syahirah hanya dengan sekali lafaz.

Majlis pernikahan tersebut yang didahulukan dengan majlis pertunangan telah berlangsung di tempat kelahiran isterinya di Jitra Kedah. Mengenakan busana putih, kedua-dua pengantin tampak berseri.

Fad mula berkenalan dengan Nur Syahirah yang juga merupakan adik angkat kepada Jihan Muse yang sering hadir ke pentas Maharaja Lawak Mega. Sudah mengenali antara satu sama lain selama 2 tahun dan bau sahaja lima bulan menjadi kekasih, Fad telah membuat keputusan untuk menikahi kekasihnya itu kerana beliau amat memahami dirinya dan mudah untuk dibawa berbicang serta perasaan cinta yang amat dalam.






 Tahniah buat Fad semoga bahagia hingga keakhir hayat dan menjadi seorang suami yang bertanggungjawap buat isteri tercinta dan buat bakal anak-anak kelak. Tahniah!!!


(27 GAMBAR) Sekitar Majlis Meraikan Cinta Hanez Suraya dan Suami Tercinta Serta Anak-Anak


Memang sama cantik dan sama padan sungguh Hanez Suraya dan Romie Razin ini. Setelah pelbagai kontroversi melanda, akhirnya Hanez dan Romie telah pun disatukan sebagai suami isteri semalam.

Hanez kelihatan telah mengalirkan air mata selepas dirinya sah bergelar isteri kepada Romie. Pastinya Hanez terharu lebih-lebih lagi dengan kehadiran kedua-dua anak hasil perkahwinan Romie yang terdahulu. Tahniah sekali lagi buat mereka berdua.




























ROMIE BUKTIKAN CINTANYA IKHLAS BUAT HANEZ SURAYA

Setelah ditimpa pelbagai kontroversi dan gosip, Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha telah selamat diijabkabulkan semalam. Buat Romie perkahwinan mereka adalah lambang bahawa beliau sangat mencintai Hanez dan ingin membimbing isterinya itu ke arah yang lebih baik selepas ini.



Selepas apa yang kami berdua lalui, Alhamdulillah ia berakhir dengan ikatan yang sah dan berharap tiada apa lagi akan dibangkitkan selepas ini.Pernikahan ini adalah bukti saya cintakan Hanez dan mahu menjadi seorang suami yang baik dan membimbingnya ke arah kebaikkan selepas ini.
Romie yang merupakan duda beranak dua merasa terharu dengan Hanez yang mampu untuk menerima anak-anaknya dengan baik kerana tidak semua wanita saggup memikul tanggungjawab yang agak besar.
Baharu sahaja kahwin, Hanez sudah ada dua anak dan bukan semua wanita sanggup untuk terima tanggungjawab itu. Tetapi dia cekal dan kuat untuk berhadapan dengan segala cabaran yang dlalui sebelum ini dan doa saya jodoh kami akan berkekalan selama-lamanya.
Hanez Suraya telah sah menjadi isteri Romie pada jam 11.25 pagi Sabtu di Masjid Putra,Putrajaya hanya dengan sekali lafaz. Aktres tersebut telah menerima mas kahwin sebanyak RM20,000 manakala wang hantaran pula telah dirahsiakan jumlahnya.



Selamat peengantin baru buat pasangan ini.


Sunday, March 8, 2015

IZARA AISHAH DIGELAR MURAHAN KERANA FOTO BERPELUKAN


IMG_5032
Lama rasanya tak dengar mengenai pelakon manis lagi jelita, Izara Aishah. Korang ingat lagi tak gosip Izara bercinta dengan anak tiri penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza tu?
Hmm, kalau baca melalui statement Izara sebelum ini, jejaka yang bernama Adib ni cuma kawan lama saja. Tak ada apa-apa hubungan pun.
Tetapi, sekeping foto yang mula tersebar seolah-olah menidakkan jawapan Izara terhadap status hubungannya.
Screen Shot 2014-09-15 at 1.40.15 AM
Difahamkan, foto itu tersebar apabila sebuah blog hiburan terkenal memuat naik foto tersebut. Dek kerana itu, ada beberapa peminat Izara menggelarnya wanita murahan. Hmm kenapa sampai begitu ya?
Kalau korang nak tahu, foto tersebut menunjukkan Adib sedang memeluk pinggang Izara namun, tangannya dilihat terletak dibahagian pinggul. Hmm, apa lagi, keyboard warriors pun pantas je membambu pasangan ni.
Ada yang mempersoalkan tindakan jejaka itu, ada yang menggelar Izara dengan bermacam gelaran. Tepi, yang lucunya, ada juga yang mengaku Izara kekasih diorang tau! Hehe.
izaracomment
Kami pun masih tertanya-tanya status sebenar Izara dan Adib ni. Nak kata kawan macam tak, nak kata bercinta dinafikan pula.
Apapun, kami tetap sokong karier lakonan Izara, cuma nasihat kami janganlah sampai kontroversi memakan diri ye dik? Jom tengok foto-foto terbaru Izara. Layan~


Tuesday, March 3, 2015

INIKAH KEKASIH JEP SEPAHTU?


Screen Shot 2014-10-21 at 2.29.06 PM
Sekitar bulan Februari lalu, kecoh dunia hiburan tanah air apabila Jep Sepahtu didakwa telah bertunang dengan seorang gadis sekampung dengannya di Kluang, Johor.
Walaupun pada mulanya Jep dilihat seakan-akan lari daripada pihak media, akhirnya pelawak terkemuka itu menafikan khabar angin tersebut dan menjelaskan bahawa dia masih lagi solo.
Ha.. tapi berita yang kami dengar ini pun mungkin akan mengecewakan peminat Jep sekali lagi. Khabarnya kini Jep sedang bercinta dengan seorang pelakon yang memang cun melecun. Amboi. High taste!
Kami pun tak pasti kebenaran gosip yang kami terima ni. Menurut sumber-sumber, pelakon bernama Nazeera Sardi ini adalah teman wanita Jep.
Screen Shot 2014-10-21 at 2.30.23 PM
Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila Nazeera ada memuatnaik sekeping fotonya bersama Jep yang mengandungi caption berbaur romantis. Jika benar bagai dikata, apa yang nak ditunggu lagi kan? Cepat-cepatlah masuk meminang, nanti takut disambar orang pula.
UPDATE: 
Jep Sepahtu berkata bahawa dia memuat naik foto bersama Nazeera dalam instagram kerana wanita tersebut adalah yang paling terapat dalam hidupnya setakat ini.
“Tak tahu nak cakap macam mana tetapi apa yang boleh saya katakan, dia adalah wanita yang paling rapat dalam hidup saya setakat ini.
“Dan tiada apa yang perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram. Yang penting kami sudah pun mengenali keluarga masing-masing.
Tetapi jangan pula ingat saya memuat naik foto-foto berkenaan kerana ingin melenyapkan gosip saya sudah bertunang.