Wednesday, March 18, 2015

NENEK 63 TAHUN BERSIMPUH DI DEPAN HAKIM DI DALAM MAHKAMAH

Jakarta: Seorang nenek berusia 63 tahun yang ditahan tiga bulan lalu kerana disyaki mencuri kayu dari ladang pokok jati milik kerajaan dibebaskan dari penjara di Jawa Timur ekoran bantahan daripada orang ramai.

Asyani dihantar ke pusat tahanan polis di Situbondo, Jawa Timur pada 15 Disember lalu selepas Perhutani, agensi yang menguruskan ladang jati itu membuat laporan polis bahawa wanita tua itu mencuri 38 kayu jati dari ladangnya.

Dalam laporan itu, pegawai Perhutani mendakwa menemui kayu berkenaan di kediaman Asyani di Kampung Secangan di daerah kecil Jatibanteng, tidak jauh dari ladang itu.
Mereka mendakwa kecurian itu berlaku lima tahun lalu.
Asyani bekerja sebagai tukang urut tradisional di kampungnya. Menantunya pula tukang kayu di kampung sama.





GADIS INI USIA BARU 21 TETAPI MEMPUNYAI ANAK 11

Semenanjung Gaza: Dia baru berusia 21 tahun, namun Naeema sudah melahirkan 11 anak termasuk kembar lima yang semuanya berusia bawah tujuh tahun.

Naeema yang sudah berkahwin dengan suaminya, Raad, 25, sejak tujuh tahun lalu, berkata dia sebenarnya hanya mahukan lima anak.

“Percayalah, saya tidak langsung ingin terus mengandung dan melahirkan anak. Saya mahukan hanya lima, seperti wanita normal lain.

“Sudah bertahun-tahun saya tidak dapat ke mana-mana kerana sibuk menjaga anak. Apatah lagi dengan kembar lima yang memerlukan lebih banyak pemerhatian.





“Pada waktu malam saya lebih banyak terjaga daripada tidur kerana perlu menyusukan semuanya,” 

katanya dalam wawancara dengan rangkaian televisyen Al Arabiya. 


IKAN KERAPU BERHARGA RM10,000

Miri: Seekor ikan kerapu bersaiz luar biasa dengan berat 168 kilogram berjaya ditangkap nelayan di perairan Tukau, di sini, kelmarin.

Ikan kerapu yang dijual lebih RM10,000 itu menjadi rebutan pengusaha restoran di bandar ini selain turut menjadi tumpuan orang ramai yang tidak melepaskan peluang melihat ikan bersaiz luar biasa terbabit.
Pembeli bertuah yang juga pengusaha makanan laut, Ah Tai Chian, 55, berkata, dia gembira apabila berjaya membeli ikan kerapu itu walaupun terpaksa berebut dengan pengusaha restoran lain.
“Ramai yang tidak ingin melepaskan peluang membeli ikan ini kerana ia satu yang pelik dan dipercayai membawa tuah kepada pembeli serta orang yang memakannya.

“Saya tidak kisah walaupun terpaksa menghabiskan wang ribuan ringgit asalkan ikan ini menjadi milik saya,” katanya ketika dihubungi, semalam. Ketika ditanya harga sebenar ikan itu, Ah Tai enggan mendedahkan jumlah wang yang dilaburkan untuk membeli ikan berkenaan, namun dipercayai dia menghabiskan lebih RM10,000 untuk membeli ikan berkenaan.

Ah Tai berkata, ikan itu akan dijadikan hidangan istimewa di restorannya khusus untuk pelanggan yang inginkan hidangan berbeza. “Saya difahamkan nelayan terpaksa mengambil masa lebih empat jam untuk membawa ikan ini naik ke atas kapal dan umpannya hanya ikan hidup,” katanya.





Monday, March 16, 2015

KUCING PELIHARAAN DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK YANG SANGAT COMEL (6 Gambar)

PM Malaysia, Dato' Sri Najib merupakan seorang yang menyukai binatang. Jom layan gambar beliau bersama kucing peliharaan beliau yang sangat comel.


























GURU SUMBAT 19 KANAK-KANAK TADIKA DI DALAM SEBUAH KERETA (4 GAMBAR)






JOHANNESBURG – Seorang guru tadika ditangkap membawa 19 kanak-kanak bersiar-siar dalam kereta kecil miliknya.Melanie Minnie ditahan bersama-sama dengan enam kanak-kanak di dalam but kereta Renault Clio. Sekurang-kurangnya tiga murid lain duduk di depan dan baki 10 lagi di belakang.
 
Tidak pasti sama ada kanak-kanak itu memakai tali pinggang keledar dalam kejadian di Afrika Selatan itu. Jurugambar, Nico van Heerden merakam imej kanak-kanak itu berhimpit-himpit di dalam kereta kecil berkenaan.
Murid itu, dari Sekolah Tadika Rietfontein di Gauteng, dalam perjalanan ke sebuah restoran burger tempatan. Polis menahan guru itu kira-kira setengah kilometer dari restoran berkenaan selepas menerima laporan daripada orang awam.
Seorang jurucakap polis berkata, Melanie disaman RM500.








PESANAN TERSIRAT P.RAMLEE DALAM FILEM PENDEKAR BUJANG LAPOK

Semasa di usia kanak-kanak dan remaja, kita menonton filem Pendekar Bujang Lapok hanya untuk ketawa, santai dan berhibur melihat telatah Ramlee, Aziz dan Sudin berpencak silat.




Hanya setelah dewasa barulah kita sedar P. Ramlee mahu menyampaikan pesanan yang penting kepada bangsanya.Samseng-samseng yang bekerja di jeti penambang ini adalah lelaki-lelaki pongah, kasar dan mempunyai akhlak yang rendah. Samseng berbaju hitam dan baju dalam berbelang hitam-putih seperti badan nyamuk aedes ini suka memaki-hamun sesama sendiri.

Mereka bertangan panjang, mencuri buah-buahan yang dibawa oleh penumpang. Menyamun duit tambang perahu, menindas para penumpang yang terdiri daripada orang bawahan serta mendahulukan gadis-gadis cantik untuk menaiki perahu. Ah! Hipokrit! Kemudian mampirlah sebuah sampan mendekati jeti dengan membawa beberapa orang penumpang.

Daripada barang-barang dibawa ternyata mereka menaiki sampan untuk menjalankan kerja-kerja harian ataupun berdagang. Apabila sampai di jeti penambang, ada ramai penumpang yang menunggu untuk menaiki sampan. Orang-orang yang menunggu di situ juga semuanya kelihatan sugul.

Antara yang menunggu lama itu adalah Wak Mustar bergelar 'Pendekar Pinang Sebatang', Wak Mustar merayu untuk menaiki sampan.

Kata Wak Mustar dengan lemah lembut: "Nak...bila pak cik boleh naik? Sudah lama tunggu di sini..."

Wak Mustar juga tidak mempunyai pilihan selain menunggu kerana jalan lain hanyalah berenang di sungai yang besar.

"Bising pulak! Pergi berenanglah Wak! Sungai besar, Wak!", kata salah seorang samseng penambang itu.

Apabila si tauke itu datang, samseng-samseng itu pergi menyambutnya dengan penuh hormat. Hal ini dikritik oleh Wak Mustar: "Mentang-mentang aku orang miskin kau tolak-tolakkan ya. Kamu semua pengampu, pengampu orang kaya!".

Kata-kata yang keluar daripada mulut Wak Mustar mungkin tidak pernah didengar oleh tauke. Dia terkejut dan berasa terhina.

Sebagai orang kaya, selalunya dia menerima puji-pujian atau seperti kata Wak Mustar, setiap masa dia diampu kerana dia orang kaya.

Mereka mengampu tauke yang merupakan pemilik penambang tersebut dan sanggup menolak penumpang lain ketika tauke hendak menaiki perahu, hinggalah Pendekar Mustar menyingsing lengan.

Nah, tibalah masanya buaya di sebalik sungai yang tenang sudah muncul menunjukkan diri! Satu persatu samseng diajar oleh Wak Mustar!



Usah lupa kirimkan doa kepada Ramlee, Sudin dan Aziz yang telah menghadap Ilahi. Ramlee, Aziz dan Sudin telah menyeberangi alam dunia yang fana ke alam baqa yang kekal nan abadi.

Pasti tiga sahabat baik ini sudah tiba di seberang sana dan berbahagia hendaknya. Manakala melalui memori yang menjentik menerusi skrin hitam putih, perahu yang digunakan Ramlee, Aziz dan Sudin bersama Wak Mustar sudah berjaya menyeberangi sungai.

Tiga bujang ini pun menuntut ilmu silat bagi mempertahankan diri dan menuntut ilmu akademik untuk mengubah nasib diri yang mewakili nasib bangsa Melayu.

Inilah pesan P. Ramlee kepada kita yang masih berdiri di seberang sini. Memang patutlah P. Ramlee diangkat sebagai lagenda dan budayawan bangsa bahkan dunia!

Mungkin sebab inilah juga mengapa filem-filem P. Ramlee termasuk filem Pendekar Bujang Lapok terus popular tiada tandingannya sehingga kini!






GADIS DAN HAIWAN PELIHARAANNYA YANG JARANG KITA LIHAT


Inilah kisah seorang gadis yang mempunyai haiwan peliharaan yang lain daripada orang lain. Gadis ini telah memilih BIAWAK sebagai haiwan peliharaannya. Mungkin jarang kita dengar dan lihat seorang gadis memelihara seekor BIAWAK yang besar tetapi inilah dia kenyataan sebenar dimana gadis ini memelihara biawak yang besar ini seperti memelihara seekor kucing yang comel.

Gambar












APAKAH HUKUM BERKARAOKE? USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB




Ramai juga yang ingin tahu apakah sebenarnya hukum nyanyi karaoke ni? Alhamdullilah, soalan ini pernah ditanya kepada Ustaz Azhar IdrusMari kita dengar dan baca ulasan video Ustaz Azhar Idrus mengenai hukum berkaraoke.
Soalan daripada hadirin.
Soalan – Bolehkah kita berkaraoke di rumah bagi menghiburkan hati tanpa bergaul dengan lelaki dan perempuan? Apa hukumnya ustaz?
Jawapan Ustaz Azhar Idrus
 
Apa itu Karaoke ?
Karaoke adalah satu bentuk nyanyian yang mengeluarkan suara dalam bentuk minus one seperti yang terdapat dalam video karaoke. Sekarang ini karaoke canggih, dan kita bebas untuk memilih jenis lagi seperti rock, nasyid dan sebagainya.
 
Hukum Berkaraoke?
Berkaraoke di rumah. Jika tiada lelaki dan perempuan yang bukan mahram, maka hukumnya adalah diharuskan. Selain itu, perlu memastikan yang lagu tersebut tidak haram, lirik tidak haram dan sebagainya.
Jika anak-anak perempuan sedang menyanyi, dan jiran datang mendengar. Hukum karaoke tetap haram kerana diperdengarkan kepada orang yang bukan mahram.Sama jugalah jika berkaraoke di pusat karaoke, wanita yang menyanyi suara tersebut boleh didengari sehingga ke luar bilik. Jadi, kita perlu renungkan semula.
Selain itu, muzik yang kita nyanyikan, jangan sampai ia menggangu jiran sebelah kata ustaz Azhar Idrus.
 

 


 

 p/s: Sebagai orang Islam, dalam hiburan diharuskan asalkan kita tidak berlebih-lebih dalam membuat satu perkara. Jangan alpa dan lagha dengan sesuatu perkara yang duniawi. Asalkan kita tahu batas-batas dalam Islam. Terima kasih Ustaz Azhar Idrus yang memberi pencerahan kepada kita semua hari ni.
 


HUKUM WANITA MEMAKAI GELANG LOCENG DI KAKI



Anda pernah melihatkanak-kanak kecil memakai loceng di kaki? Kebiasaanya wanita jika kita lihat, masyarakat melayu sering memakaikan anak perempuannya dengan loceng di kaki. Sebagai contoh bagi orang dewasa, lelaki atau perempuan hendaklah menjaga tata cara pergaulan dan pemakaian apabila berhubung dengan bukan mahram seperti di tempat kerja. Bukan terletak semata-mata ke atas loceng di kaki sahaja.

Paling utama dalam hal pemakaian kerana cara berpakaian dapat menarik perhatian orang lain yang bukan mahram. Memakai gelang kaki bagi wanita Islam dengan bunyi loceng itu terlalu kuat sehingga menarik perhatian rakan sekerja yang lain untuk berpaling melihat ke arahnya dikira bercanggah dengan tata cara pemakaian dan pergaulan seorang wanita Muslimah dan Mukminah.

Itu sebabnya memakai loceng kaki bagi wanita dihukum HARAM jika bertujuan sedemikian dan pemakaian hiasan sedemikian perlu dielakkan. Ini jelas apabila al-Quran menggariskan berkenaan tatacara bergaul dan berpakaian seorang wanita Islam iaitu :

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman itu supaya menyekat pandangan mereka (daripada yang diharamkan) dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka menzahirkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang lelaki yang telah tua dan tidak keinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (Surah al-Nur (24): 31)

Dalam ayat ini, kita boleh simpulkan termasuk dalam ‘menghentak kaki’ ialah memakai gelang berloceng dan memakai kasut bertumit keras sehingga mengeluarkan bunyi.

Islam melarang perbuatan itu kerana ia menarik perhatian orang sehingga terserlah perhiasan diri seseorang wanita. Manakala memakai gelang kaki berloceng bagi anak-anak perempuan yang masih kecil dan bertujuan untuk pengawasan pula adalah harus. Ia tidak termasuk dalam larangan di atas kerana tidak bertujuan menarik perhatian lelaki dan usianya masih kecil.


WATAK BERTUDUNG TERHAD, ELFIRA FOKUS PADA PENGACARAAN



Pelakon Elfira Loy mengakui bahawa dia mahu memberi lebih fokus kepada bidang pengacaraan selepas mengambil keputusan untuk bertudung pada sambutan hari lahirnya yang ke 21 baru-baru ini.
 
Elfira berkata, dia mengambil keputusan itu kerana menyedari watak untuk wanita bertudung sepertinya terhad selain bimbang akan menyusahkan pihak produksi.

“Minat saya terhadap pengacaraan memang sejak dari dahulu lagi dan kini saya ingin memberi fokus kepada bidang itu buat masa ini. Bukannya apa saya menyesuaikan diri terlebih dahulu dengan imej sekarang selain tidak mahu menyusahkan pihak produksi,” jelasnya.



Bagaimanapun menurut Elfira, itu bukanlah bermaksud bahawa dia ingin meninggalkan terus dunia lakonan, namun ingin berehat seketika dan dalam masa yang sama dapat memberikan ruang kepada pelakon ini untuk memberikan tumpuan kepada pengajian di kolej. 

“Lakonan adalah sesuatu yang sudah sebati dengan jiwa saya dan belum bercadang untuk tinggalkan terus cuma memperlahankan sahaja”

Insya-Allah lepas tamat pengajian saya akan aktif semula,” ujarnya lagi menyatakan rasa bersyukur kerana diberi kekuatan untuk melakukan perubahan tersebut pada usia yang muda dan berharap ia akan memberi lebih banyak berkat kepadanya.